in ,

Gadis Berhijab Juara Gusti Pertama Malaysia! 💪

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=q_3D7ErFmzQ

Perempuan masuk wrestling?! Biar betul! Tak sangka rupanya ada orang Malaysia yang masuk sukan lasak!

Jangan terkejut girls! Benda ni memang sahih, dah confirm dah yang ada seorang hijabis join sukan lasak wrestling! Siapa cakap bila bertudung ni tak boleh masuk sukan? Nordiana dah buktikan yang walaupun kita bertudung dan berbadan kecil, bukan penghalang untuk masuk sukan lasak macam ni..

View this post on Instagram

😡

A post shared by Nor 'Phoenix' Diana (@nordianapw) on

Baru berusia 19 tahun, tapi Nordiana atau nama gelarannya ‘Phoenix’ dah muncul sebagai juara wanita pertama bagi kejuaraan Malaysia Pro Wrestling dalam acara MyPW Wrestlecon baru-baru ni. Since umur 14 tahun, Diana dah mula berjinak-jinak dalam dunia gusti tau!

Menurut petikan daripada sebuah website, Diana akui yang dia banyak main video game gusti dengan adiknya dan sejak tu dia mula tengok semua rancangan gusti dekat TV. Lama-lama minat untuk ceburi dunia sukan gusti makan menebal dalam dirinya. Bukan biasa-biasa ya minat Diana ni, korang mampu tak girls?

View this post on Instagram

Weeeeee

A post shared by Nor 'Phoenix' Diana (@nordianapw) on

Diana mula sertai Pasukan Gusti Malaysia dan berlatih sehabis baik untuk realisasikan impian sebagai seorang peggusti professional. So far rasanya Diana sorang je penggusti wanita bertudung dari negara kita. Hebat la sis muda-muda dah jadi wakil negara!

Before this, Diana hanya pakai topeng bila beraksi dalam gelanggang sebab taknak tunjukkan dirinya yang sebenar sebelum ambil keputusan untuk tunjukkan diri yang sebenar since tahun lepas atas dasar permintaan penganjur pertandingan. Sebab kenapa dia decide untuk pakai topeng ialah risau kalau-kalau ada yang akan lemparkan kata-kata negative pada dirinya. It’s okay, confirm ramai yang sokong daripada yang kecam!

Fuhh, lepas ni girls yang berhijab pun boleh la join sukan lasak ni. Jangan sebabkan kita bertudung, kita rasa malu atau tak confident untuk libatkan diri dalam sukan! BTW tahniah Diana!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Social Media Down, iCloud Pun Tumpang Sekaki!

Welcome Back T.O.P!