in , ,

Gadis Berbadan Kecil Molek Boleh Cuba Style Ini

Sumber gambar: www.villagecoaches.com

Alamak, esok nak pergi mall.. Nak pakai baju apa? Nanti nak OOTD nampak kecil je pula..

Siapa kata gadis kecil molek susah untuk berfesyen? Zaman sekarang ada banyak sangat style baru kita boleh gayakan. TIPS PENTING, JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA. Kalau kita sendiri malu untuk mencuba, macam mana nak jumpa style sejati betul tak? Hari ini LUNARIA akan kongsikan tips for girls yang kecil-kecil cili padi! Ini antara tips yang korang boleh cuba!

STRIPE MENEGAK

via GIPHY

Sekarang ada macam-macam style dress dan pelbagai corak! Untuk gadis yang bersaiz kecil, korang pilih yang bercorak garis menegak. Design baju sedikit sebanyak memberi kesan. Haa inilah trick nak nampak badan lebih tinggi. Tak semestinya kita perlu pakai dress, kalau nak pakai blouse or stripe pants pun boleh.. Apa yang penting korang pakai saiz yang betul.

ELAK PAKAIAN LABUH

via GIPHY

Kalau boleh jangan pakai pakaian yang terlalu labuh. Ia akan membuatkan gadis yang berbadan kecil nampak lebih rendah dari ketinggian sebenar.. Kalau nak cari cardigan, korang boleh beli yang pendek atau panjangnya hanya paras lutut. Pemilihan jubah juga penting, kalau ia terlalu lebar akan uatkan badan gadis tersebut nampak lebih rendah.

DESIGN BEROMBAK

via GIPHY

Design baju berombak atau wavy yang ada pada blouse, dress dan baju kurung sangat cantik dan comel. Untuk badan yang bersaiz kecil dah rendah, korang boleh pakai corak ini. Tapi pastikan design tak terlalu besar. Sama seperti stripe tadi, corang yang terlalu heavy akan ‘tarik’ badan si gadis kecil molek untuk nampak lebih rendah.

HADKAN WARNA & CORAK

via GIPHY

Tips yang terakhir, korang hanya perlu elakkan diri untuk pakai baju yang banyak corak atau lebih daripada 4 warna. Korang boleh gayakan warna lembut seperti warna pastel untuk nampak manis dan comel.

Untuk gadis bersaiz kecil, korang boleh cuba dulu tips ini okay? Nanti korang jangan lupa tag Instagram @Lunariamy gambar OOTD. Tak salah untuk cuba style baru.. just be you okay girls!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kebaikan Serbuk Koko Untuk Kesihatan Badan

Bosan Asyik Layan K-Drama Saja? Jom Layan Top 4 Drama Jepun Ini Pula!