in ,

G-Dragon Bakal Keluar Military Weekend Ini!

mtvasia.com

Kalau di Korea Selatan, selalu kita dengar orang lelaki diwajibkan pergi ke latihan ketenteraan atau macam yang biasa K-Pop fans sebut oppa pergi military sebelum capai umur 30 tahun. Sudah ramai idola K-Pop generasi kedua yang sudah selesaikan urusan wajib negara mereka dan hmm! Of course ada seseorang yang paling hebat dalam industri muzik dan dikenali sebagai seorang yang fashionista akan balik ke pangkuan keluarga dan peminatnya yang berada di serata dunia. Okay LUNARIA akan beritahu korang terus ya! Nak tahu tak siapa? Semestinya Kwon Ji Yong atau semua VIP kenal dengan nama G-Dragon.

Kpopmap

Untuk pengetahuan semua, G-Dragon mula menjalankan latihan ketenteraannya pada 18 Februari tahun lalu dan masuk ke pusat latihan secara rasmi pada 27 Februari berikutnya. Selain itu, G-Dragon juga antara yang menjalankan military service dia paling sekejap tahu! Sebenarnya tarikh dia patut keluar adalah pada November tahun ini tapi sebab satu Korea Selatan tahu yang satu ini adalah superstar nombor satu dunia K-Pop, akhirnya pihak yang bertanggungjawab pun setuju untuk bagi G-Dragon keluar awal iaitu pada 26 Oktober ini. Woah! Kiranya weekend ini dia dah kembali ke industri muzik K-Pop ya! Seronoknya!

Pin Interest

Mesti sudah ramai VIP dan peminat K-Pop lain tak sabar dengan comeback G-Dragon. Sebab sama ada dia berkarya dalam muzik secara kumpulan atau solo dan last album dia pun adalah “EP” yang keluar tahun 2017 iaitu pada dua tahun lepas. G-Dragon pandai untuk bawa diri bagi mengangkat industri muzik K-Pop. Tapi ada juga yang cakap, perlepasan G-Dragon ini dikeluarkan lebih awal dek kerana kontroversi yang banyak terjadi di syarikat YG Entertainment sejak kebelakangan ini. Yelah, G-Dragon under YG Entertainment dan bagus juga ya, mereka buat seperti ini sebab sekurangnya dengan kembalinya G-Dragon dalam industri muzik mungkin ia boleh pulihkan semula syarikat yang banyak bantu nama G-Dragon naik selama ini?

Insight

Hmm, tapi tapi tapi! #Lunasquad pula rasa, lebih baik lepas G-Dragon balik dari military services ini peminat bagi dia rehat extra lagi sebulan sebab kesian pula dekat G-Dragon penat. Ala, ibarat korang semua balik camping! Balik rumah mesti #Lunagirls nak tidur dan rehatkan badan bukan? Zoe faham sangat!

HK01

Walau apa-apa pun, selamat kembali untuk Kwon Ji Yong A.K.A G-Dragon! Untuk peminat K-Pop dan peminat G-Dragon korang semua mesti tak sabar dan seronok dengar khabar gembira? Manalah tahu, balik military service ini G-Dragon makin hot dan handsome sebab badan ketak-ketak macam body builder.. Fuh! Okaylah LUNARIA nak stream music video secara marathon lagu G-Dragon dan Big Bang sekejap, nanti tiba-tiba dia nak buat surprise world tour semula at least kami dah hafal lagu nak sing along.

VIP News

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Samsung Galaxy Fold 2 Boleh Lipat-Lipat!

4 Bad Habits Budak Sekolah Perlu Elak Tiap Pagi