in ,

Fun Fact BTS #Lunagirls Kena Tahu!

Sumber gambar YouTube.com
Sumber gambar hornet.com

Shout out to BTS Army! Kita geng! Lagi sebulan BTS akan mengadakan Love Yourself Tour di Bangkok.. Excited please! Psst, sebenarnya, BTS atau juga dikenali sebagai Bangtan Boys ada banyak rahsia tersembunyi yang mungkin korang tak tahu! Antaranya ialah..

RAP MONSTER POWER ENGLISH

Sumber gambar Youtube.com

Wow! Hebatkan RM? Dia fasih berbahasa Inggeris sebab dia belajar dari program TV je! Korang nak tahu, RM ‘dipaksa’ menonton siri berbahasa Inggeris ketika umur 14 dan 15 tahun sebab parents RM beli semua season untuk dia tengok!  Mula-mula dia gunakan subtitle Korea, tapi lama-lama dia dah biasa dan katanya cara ini lebih mudah untuk belajar Inggeris! Haa, mungkin #Lunagirls boleh guna cara yang sama juga!

JUNGKOOK NAK JADI..

Sumber gambar Youtube.com

Jungkook bercita- cita nak buka restoran itik! What?! Haha! Dan dia juga nak jadi seorang tattoo artist di Korea! Jungkook seorang yang sangat artistic, terutama sekali dalam graphic drawing sebab tu dia nak jadi tattoo artist. Kalau #Lunagirls minat seni, bolehlah geng dengan Jungkook oppa!

V MAIN SAXOPHONE

Sumber gambar @Taeh63492980Kim)

Kalau korang nak tahu, V belajar selama 3 tahun untuk mahir main saxophone! Selain saxophone, V pun pandai main gitar tau.. Hebatkan? V sangat minat musik sebab tu dia banyak belajar main instruments! Kalau #Lunagirls ada minat dalam sesuatu perkara, work hard untuk belajar tau dan jangan takut untuk mencuba benda baru!

 JIN MINAT PATUNG!

Sumber gambar koreaboo.com

Jin akan marah kalau ada orang usik patung-patung kesayangan dia tau! So cute! Tapi kalau dongsaeng dia main, Jin bagi je! #Respect Koleksi patung Jin banyak sangat sampai penuh satu bilik.. Kebanyakannya hadiah daripada fans! #Lunagirls boleh bayang tak berapa banyak Jin simpan?

#Lunagirls suka oppa yang mana? Kalau dapat pergi konsert jumpa depan-depan mesti lagi best!  Eh, korang dah tengok video Tee, Ainaa & Faya menari di Instagram @Lunariamy dengan abang-abang GPH Hot FM untuk dapatkan tiket konsert BTS free daripada boss LUNARIA? Cepat tag kawan korang supaya video tu ada 6000 views okay! Boleh kita sama-sama pergi jumpa oppa BTS! Yay!

What do you think?

28 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Si Pembuli Sebenarnya Paling Penakut!

Kenapa Rambut Kembang?! Tolong…..