in

Kena Buat Presentation Depan Satu Kelas? Alamak!

Sumber gambar: Harvard Business Review

via GIPHY

Cara pendidikan dekat sekolah sekarang ada yang dah lebih kurang sama level college dah tau.. Dan kebanyakan subjek ada sesi presentation di mana kita kena present depan kelas! Yay! Pengalaman baru untuk kita.. Kalau ada yang rasa nervous bila berdiri seorang dekat depan class, harini LUNARIA sediakan tips and tricks untuk korang perform masa presentation!

KUASAI TOPIK

via GIPHY

Sebelum mula presentation, mesti cikgu akan bagi topik untuk korang sediakan slide.. So make sure korang dah kuasai topik tu supaya waktu presentation tak tergagap dan akan rasa lebih confident! Tips extra, ingat key words supaya senang nak elaborate ayat.. Tak perlu hafal ayat penuh pun.. perlu fahamkan je ok #Lunagirls?

SLIDE POWER POINT

Sumber gambar: MakeUseOf

Bila nak buat presentation selalunya akan menggunakan Microsoft Window Power Point.. Dekat dalam tu ada macam-macam effect and filter yang korang boleh pilih untuk buatkan slide tu lebih menarik! Bila slide korang menarik, mesti dapat markah extra daripada cikgu! Hehe!

LATIHAN LEBIH

via GIPHY

Nak buang nervous tu senang je #Lunagirls, korang kena lebihkan latihan dekat depan cermin supaya bila present dekat depan kelas korang akan lebih confident! Pastikan korang jadi diri sendiri dan senyum bila buat presentation nanti okay?

TAK SALAH KALAU BUAT SILAP

via GIPHY

Semua orang buat silap dan sometimes waktu buat presentation pun kita tak akan dapat result yang perfect.. Apa yang penting, jangan panik kalau ada buat salah dan cara nak sorok panik tu korang teruskan je presentation dengan confident okay? Dengan cara tu cikgu maybe akan bagi extra point sebab keberanian korang tu..

via GIPHY

Whatever it is jangan give up tau #Lunagirls! Bila korang dah terbiasa dekat sekolah, nanti bila dekat college mesti dah tak nervous dan lebih confident. Good luck girls! 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Ada Rambut Panjang Suka Berangan.. Yeke?

Ada Kulit Limau? Jangan Buang Please!