in ,

Free Show Oleh Artis Luar Khas Untuk Fans #DudukRumah

Sumber gambar: BBC

Memang banyak sangat konsert dan showcase tour terpaksa ditangguh atau dibatalkan terus disebabkan wabak Covid 19 ini. Kita sebagai majoriti yang sukakan muzik, sudah pasti sedih dengan situasi ini lebih lagi yang dah beli tiket. Hmm… sedihnya tak payah nak cakap tapi korang janganlah terlalu sedih sangat sebab semua ini ada hikmahnya okay! Walau bagaimanapun, ada juga beberapa artis yang mengambil kesempatan juga sewaktu kuarantin Covid-19. Eh! Bukan ambil kesempatan yang tak elok tapi mereka ambil kesempatan untuk buat free show lagi khas untuk peminat mereka yang rindu sangat waktu musim kuarantin ini. Jom kita tengok siapa yang ada dalam list!

BTS 

Seperti yang kita tahu, BTS ARMY ada berjuta dan memang untung sangat siapa yang sempt tengok perfomance mereka khas di The Late Late Show With James Corden dengan siap hashtag #HomeFest. Walaupun satu lagu sahaja tapi memang itu khas sangat untuk ARMY yang dah lama tak dengar khabar BTS sebab banyak konsert BTS tahun ini terpaksa ditangguhkan.

KUNTO AJI

Sumber gambar: jakartaglobe

Siapa sahaja yang tak kenal dengan penyanyi suara yang sangat harmoni ini! Kunto Aji pun siap buat live di Instagram miliknya khas untuk peminat. Mungkin sebab dia pun bosan, jadi dengan baik hati pun dia belanja semua peminat di Instagram Live dia hari itu. Ada yang sempat tengok tak? 

SWAE LEE

Rapper yang kecil molek tapi sangat berbakat ini pun antara salah seorang yang siap berjimba habis di Instagram live dia tempoh hari. Bukan berseorangan, dia siap accept request salah seorang peminat bertuah dia untuk live sama-sama waktu dia nak nyanyi untuk semua followers dia. Memang happening habis! Rugi siapa tak tengok Swaa Lee perform hari itu.

JUSTIN BIEBER

Bukan setakat itu sahaja, Justin Bieber pun sama! Dia siap nyanyi beberapa lagu dari album baru dia tau sewaktu dia buat quarantine live untuk para peminat dia. Memang baik betul Justin Bieber ini sebab awal-awal dia macam malas buat tapi sebab peminat dah ramai yang request, ha! Ambil korang. Dah macam konsert betul dia bagi di Instagram live. Haha!

Sebenarnya, ramai sahaja artis yang dah mula buat quarantine concert live dan korang perlu tahu dan alert sahaja bila waktu mereka nak buat Instagram live atau YouTube live. Kalau terlepas, memang rugi sangat! Dahlah percuma pula! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bergurau Isu Positive Covid-19, Kim Jae Joong Kena Kecam

Ketepikan Game Online, Jom Main Game ‘Manual’