in ,

Form 5 Dan Form 6 Pergi Sekolah, Yang Lain Nak Buat Apa?

Sumber gambar: Instagram tee_lunaria

Bestnya tak payah pergi sekolah… Nasib baik yang pergi sekolah sekarang ni hanya Form 5 dengan Form 6 je. PT3 pun dah cancel sekarang ni, yahoo MERDEKA!

Ehemm, selagi belum habis sekolah selagi tu korang masih belum merdeka ya guys. Jangan ingat bila korang tak kena pergi sekolah tu maksudnya korang boleh bersenang lenang dekat rumah. Actually banyak benda berfaedah yang boleh korang lakukan sewaktu dekat rumah tu. Ayuh la teruskan membaca artikel Ainaa ni sebab Ainaa nak share banyak benda best dekat korang yang tak perlu masuk ke sekolah tu, hehe!

SIAPKAN KERJA SEKOLAH

homework-meme-300x227 (With images) | School memes, Funny kids ...
Sumber gambar: Pinterest

Ya, Ainaa tahu korang mesti dah bosan baca points tentang siapkan kerja sekolah kan. Tapi nak buat macam mana memang itu kerja korang iaitu siapkan kerja sekolah. Banyak atau sikit itu bergantung pada korang cuma apa yang penting sepanjang ‘free time’ ni memang itu je la yang korang boleh buat. Orang lain masuk sekolah, korang siapkan kerja sekolah. Tak ada la korang pun rasa bosan je dekat rumah tu, ada la juga aktiviti kan? Bukan apa, takut nanti tiba-tiba pihak kerajaan umumkan yang korang dah boleh masuk sekolah macam biasa tidak ke naya je dengan kerja sekolah tak siap lagi tu kan. Sebelum korang dapat berita mengejutkan macam tu baik korang prepare diri dulu.

SENANGKAN HATI PARENTS

Memandangkan korang pun tak boleh nak ke mana sebab abang korang kena masuk sekolah, duduk je la dekat rumah tu. For those yang mak korang suri rumah tu memang pagi petang siang malam la dia mengadap muka korang dekat rumah tu. Untuk elakkan mak membebel itu ini, sebaiknya korang senangkan hati mereka sepanjang duduk rumah ni. Kesian mak korang penat nak jaga adik kecil, kemas rumah dan masak. Korang tolong la apa yang patut dekat rumah tu ya, kasi mak happy sikit. Mak happy, tak membebel mesti korang pun rasa happy juga nanti kan.

REHATKAN MINDA

via GIPHY

Ainaa faham sepanjang musim PKP, PKPB dan PKPP ni mesti banyak benda yang korang kena buat which is siapkan kerja sekolah dan tolong parents dekat rumah kan. Tak mengapa la, sementara ada masa ni korang rehatkan la minda tu sekejap. Mesti penat buat itu ini, siapkan semua kerja. Korang pun berhak untuk ada masa berehat walaupun sekejap. Cuma jangan pula bila dah berehat tu korang ambil peluang ya. Since sekarang pun ada beberapa pusat kecantikan dah dibuka semula, boleh la korang memanjakan diri dekat sana. Potong rambut ke, buat mani padi atau apa sahaja yang boleh melapangkan minda. Nak lagi best ajak mak korang sekali, mesti fun boleh buat aktiviti bersama dengan mak dekat spa!

BAGI KATA-KATA SEMANGAT

via GIPHY

Biasa kalau dah nama pun adik mesti suka menyakat si abang dengan kakak. Dapat pula abang atau kakak yang kena masuk sekolah balik, lagi la korang suka nak sakat kan. Nak sakat tu tak salah tapi jangan sampai melebih pula sebab takut mereka koyak nanti bergaduh pula korang adik-beradik ni. Bagi semangat dekat mereka yang akan exam besar tahun ni. Korang tolong la sikit mereka siapkan barang nak masuk sekolah nanti, hehe! Mesti geram je mereka dengan perangai korang tu nanti.

Dalam banyak-banyak aktiviti ni, Ainaa paling suka yang last tu. Kalau Ainaa la, bukan bagi kata-kata semangat tapi bagi kata-kata menyakitkan hati sebab ‘tumpang happy‘ mereka kena ke sekolah.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lupa Ada Homework Apa? Cuba Cara Ini…

BLINK Dah Ready Ke Untuk Comeback BLACKPINK?