in ,

First Time Pergi Dating, Nak Pergi Mana?

Sumber Gambar: https://greatist.com

Hai #Lunagirls, korang dah berjaya tawan hati crush ke belum? Dah sampai ke next move? Kalau dah, Ummi nak share pula port dating best untuk korang yang first time keluar sama-sama. Yang pasti bukan tengok wayang, sebab benda tu biasa je, apa kata korang buat aktiviti lain macam..

MAIN ICE SKATING

via GIPHY

“Erm! Macam mana kalau tak reti main?”, tak reti main tu tolak tepi girls, korang kena cuba dulu. Kenapa? Sebab bila kita main ice skating ni, kita akan tolong each other untuk bergerak. Dekat situ, kita akan berbual, bergelak tawa dan jadikan ia macam sweet moment gitu. Kalau korang reti main lagi bagus, dapat tunjukkan dekat partner korang, skill yang korang ada.

TAMAN BUNGA

Sumber Gambar: https://magazine.job-like.com

Selain dari tengok keindahan alam, korang juga boleh spend time berborak dengan dia. Time tu la nak selidik tanya macam-macam, favorite food, baju raya tahun ni color apa? Mana tau boleh sedondon, hihi. Tengah jalan-jalan tu tiba-tiba jumpa pula bunga favorite korang, boleh cakap dekat dia “Awak, ni bunga favorite saya tau”. Ala macam hint supaya dia tau bunga apa nak hantar time merajuk or time birthday nanti.

PASAR MALAM

Sumber Gambar: https://www.propsocial.my

Tak salah kan dating dekat pasar malam? Bukan apa ni adalah satu idea yang murah tapi chill. Tunjuklah dekat boyfriend yang kita ni jenis tak kisah nak makan dekat mana. Tapi girls, janganlah buat drama dekat tengah-tengah pasar tu. Lepas dah beli makanan, bentang tikar pula buat picnic. Alahai! Memang senyum sampai tak ada hari esok hihi.

LIBRARY

via GIPHY

Port paling best especially untuk girls mesti la dekat library, sebab dulu Ummi pun sama juga #jengjeng. Sebenarnya bagus juga kalau jumpa dekat library ni, at the same time kita boleh juga ulangkaji sama-sama. Kalau ada dia, automatik bersemangat nak study! Tapi jangan sampai intai-intai dari celah buku tau!

Macam mana, okay tak idea Umm ni? Korang mesti suka kan, kalau nak lebih onz tangkap lah gambar dekat setiap tempat yang korang pergi, boleh jadi kenangan. Tapi ingat ye girls, jangan sampai lupa belajar tau. Siap ye, kalau prestasi makin menurun, Ummi babap nanti!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kutu Boleh Berhijrah Dari Kepala Masuk Telinga! EW!

Lambatnya Period.. Nak Buat Apa Eh??