in ,

First Date Makan Dengan Crush, Please Jangan Pilih Makanan Ini…

Sumber gambar: Pinterest.com

OMG! Tak sabarnya rasa nak pergi dating dengan crush idaman! Tapi dia ajak food hunting pula, nak makan dekat mana pula ni…

10 hilarious memes you'll only understand if you have a crush ...
Sumber gambar: Girlslife

Sedangkan bila lepak dengan kawan-kawan pun kita tak ada idea nak makan dekat mana, inikan pula bila crush ajak pergi food hunting. Kedai makan best ada, tapi ada ‘pantang larang’ yang perlu korang praktikkan setiap kali first date. Bukan daripada segi kedai itu sendiri, tetapi daripada segi pemilihan makanan yang akan korang order waktu nak makan nanti.

Salah pilih makanan pun boleh kacau date kita dengan crush. Sebab itu kita kena pilih makanan yang tepat supaya date berjalan dengan lancar… Jom kita tengok makanan apa agaknya yang perlu kita elakkan waktu first date.

BURGER EMPAT BELAS TINGKAT

View this post on Instagram

#TOWERBURGER UP TO #TOWER10 #KawKawBurgerBakar ! Give me your love emoticon 💛 3 WAYS TO MAKE AN ORDER PICK-UP & DELIVERY SERVICES (DURING #COVID19 ) 1) Click links at INSTAGRAM PROFILE and website https://kawkawburger.oddle.me / FOODPANDA / GRABFOOD 2) Secara MANUAL #order makanan anda melalui aplikasi WHATSAPPS ke no.tel berikut https://wasap.my/60123452844/KKB https://wasap.my/60173250244/KKB https://wasal.my/601163914459/KKB 3) TEKAN/CLICK butang BELI SEKARANG/SHOP NOW di #FacebookPage BURGER BAKAR WANGSA MAJU P/s: Pastikan anda menjaga jarak anda ketika PICK-UP makanan atau menerima makanan anda #KeepSafe #StaySafe #SocialDistancing #KawKawBurgerBakar #BurgerBakar #Homemadepatties #OriginalBurgerBakar #FreshBuns #Halal #HalalFood #HalalfoodMalaysia #SupportLokal #SupportLokallah #SupportLokalBusiness #KawKawBurgerWangsaMaju #SignatureKawKawNStiq #ByFoodBranding #FoodBrandingHORECA

A post shared by Kawkawburger (@kawkawburger) on

Dapat makan burger bakar bertingkat sangat best.. dapat pula kalau cheese melimpah lagi sedap! Tapi kalau kita tahu diri kita bakal makan dengan comot, elakkan makan burger atau yang berkaitan dengannya waktu first date. Tak campur lagi kalau yang tak makan sayur, satu hal nak asingkan sayur pula depan crush. Takut dia geram pula tengok korang gigih sangat asingkan sayur.

PEDAS BERAPI LIDAH SIS

Ayam Gepuk Pak Gembus | FriedChillies › The All-Time Food Network
Sumber gambar: FriendChillies

Dah tahu diri itu tak tahan makan makanan pedas, jangan pula nak makan makanan pedas. Berhingus pula nanti hidung waktu tengah makan. Pemilihan makanan pedas sebagai menu ketika first date sangat tidak patut sama sekali. Tak dinafikan makanan pedas memang sedap walaupun dalam keadaan panas, tapi kalau first date tak perlu nak test lidah depan crush nak tunjuk hebat makan makanan pedas. Terkumat kamit mulut nanti menahan pedas, bila masanya Korang nak bersembang pula?

AISKRIM PELIK

Eat Drink KL: Jipangi Ice Cream @ Sunway Pyramid
Sumber gambar: EatDrinkKL

Sebelum ini aiskrim yang dikenali sebagai Jipangi agak famous dalam kalangan anak muda sebab ia dikatakan sebagai trend terkini. Siapa yang dah pernah makan aiskrim tersebut korang cool habis berbanding for those yang tak pernah rasa lagi. Kalau korang ada cita-cita untuk try makan aiskrim tersebut dengan crush, sila lupakan impian itu  sebab ia agak tidak sesuai. Bukan sahaja bentuk aiskrim tersebut yang agak mengejutkan, malah nak makan pun susah tau.

SPAGHETTI SRUUP SRUUP

12 Signs You're The Girl Who Is ALWAYS Eating Pasta
Sumber gambar: Theodysseyonline

Kalau nak makan spaghetti ini akan rasa lagi sedap kalau dibanjiri dengan kuah yang banyak! Baru betul cara makannya. Tapi since kita sendiri seorang yang suka makan comot then macam mana nak makan spaghetti? Risau tertumpah pula kuah spaghetti atas baju, habis gagal first date! Ehh tapi okay juga kot kalau tertumpah atas pakaian, at least ada alasan nak ajak crush teman shopping baju baru. At the same time rasanya spaghetti agak tak sesuai untuk makan waktu first date sebab nanti ia mudah kembang! Maklumlah orang tengah ada sesi suai kenal mesti sambil makan akan diselitkan dengan berbual. Itu yang boleh buatkan spaghetti kembang.

BIG NO FOR DURIAN

Johor Seeking a Big Hit in a New Breed of Durian - Johor Foodie
Sumber gambar: JohorFoodie

Gila macam mana pun korang dengan buah durian ini, tapi when it comes to first date sila jangan pergi food hunting durian atau apa sahaja jenis makanan yang berbau seperti petai contohnya. Takut nanti nafas korang akan berbau dan kentut pun busuk sis! Bikin malu saja kalau tengah berbual mulut bau petai… Kecuali, kalau crush korang yang ajak pergi makan durian dekat tepi jalan. Maksudnya dia tak kisah kalau bau pun sebab nanti dua-dua berbau, jadi adillah di situ.

Sebaiknya cadangan yang kami boleh bagi ialah pergi cafe hunting yang ada complete makanan yang tak berapa berat sangat berserta dengan dessert. At least boleh lama sikit melepak dekat cafez Ehh tapi rasanya sekarang ini ramai yang ikut trend date dekat Pasar Seni, Balai Seni Negara atau picnic. Apa pun jangan lupa bagitahu parents yang korang nak keluar pergi dating ya!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai BBNU Baharu Bakal ‘Dilahirkan’, JAGA-JAGA!

Youtuber Mukbang Yang Akan Buatkan Korang Sentiasa Terliur