in ,

Filter Instagram Yang Korang Harus Cuba!

Sumber gambar: Instagram.com/nr.ainaaaamzalan

Wehh tengok Instastory Lunaria! Best gila filter yang diorang pakai! Gambar semua nampak cantik dan aesthetic pula tu, ish tak boleh jadi! Nak kena try juga filter tu, huhu!

via GIPHY

Rasanya semua orang ada Instagram. Even ada sesetengah atuk dan nenek kita pun ada juga yang dah ada account sendiri dan mereka pun dah pandai juga main Instagram. Korang takkan nak pakai filter yang sama juga sampai sekarang? Kena advance juga macam mereka betul tak? Sekarang ini pun dah ramai orang explore filter baru dekat Instagram. Tak kisah filter yang siap ada soalan-soalan itu semua atau filter biasa effect. Selepas LUNARIA buat ‘kaji selidik’ tentang filter dekat Instagram, nampaknya ada beberapa filter jadi pilihan ramai. Maybe ada antara filter ini korang tak pernah cuba? Ayuh teman-teman!

KOREAN VIBE TWO / SEOUL & BUSAN

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Siapa perlukan makeup kalau kita ada filter yang dah boleh buat muka kita flawless dan bersih seperti dah pakai makeup? Korang dah try ke belum filter ini? Ainaa memang suka sangat kedua-dua filter ini sebab memang onz teruk! Gambar pun jadi smooth dan terus dah edit tak perlu susah-susah nak touch up itu ini. Tapi kena pandai tengok lighting sebab kalau salah lighting, gambar akan nampak sangat fake dan jadi pelik. Biasanya orang gunakan filter ini untuk selfie je sebab ia jadikan muka kita sangat cantik, selamat mencuba!

NAME OF YOUR FUTURE WIFE/HUSBAND

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Disebabkan ramai yang berada dalam keadaan sendu dan kesepian, seorang pengguna Instagram iaitu @ir.dina decided untuk cipta filter untuk orang kesepian untuk kita! Filter dia memang baik sebab sesuai untuk berangan untuk dapatkan nama crush korang sebagai ‘future wife/husband’. Ainaa sendiri banyak kali dapat nama crush dan ex-boyfriend, huhu! Korang pun mesti suka juga main kan? Pernah tak dapat nama crush sendiri? Atau lagi best dapat nama boyfriend atau girlfriend sendiri, lagi la berbunga hati orang itu. Nak kenakan kawan korang pun best juga, mesti kecoh je nanti!

MICKEY D

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Tak tahu nak order apa dekat MCD? Filter ni memang sesuai sangat untuk korang gunakan, tak payah pening kepala nak order apa. Hanya gunakan filter ni dan order je ikut apa yang dah ditetapkan untuk korang. Baru la urusan pembelian berjalan dengan lancar. Tak ada la juga korang kena beratur lama dekat kaunter tu sebab nak fikir order apa. Simple je girls, korang mesti suka. Tapi tak banyak sangat menu yang ada sebab asal usul filter ni pun dari oversea, so ayam goreng tu macam tak ada dalam senarai je. Kalau susah sangat tak dapat apa yang korang nak, order je terus tak perlu sampai gunakan filter ni, huhu!

MIRIP SIAPA

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Waktu ni juga kita nak feeling muka sama macam artis! Ramai artis tempatan ada dalam senarai filter ini, korang pun mungkin akan suka! Sebab Ainaa pun suka juga sebab sekali tekan je terus dapat nama Mira Filzah. Kira luck korang kalau sekali tekan terus dapat nama artis kesayangan korang! Baru boleh feeling habis!

HOW MALAYSIAN R U?

Tanda kita ialah rakyat Malaysia yang sejati ada dekat dalam filter ini. Hakikatnya dua tiga kali Ainaa main, terus dapat sikap rakyat Malaysia yang sebenar. Contohnya sanggup drive jauh untuk dapatkan makanan, panggil waiter dengan panggilan ‘boss’, makan nasi lemak sebagai breakfast dan banyak lagi. Nampak tak sebenarnya sifat rakyat Malaysia lebih kurang je semuanya, LOL!

Banyak sangat filter sampai tak tahu nak gunakan yang mana betul tak? Kalau korang jenis suka main filter ala-ala kuiz atau teka-teka, share sikit mana satu yang korang suka! Ainaa pun suka main yang filter sebab kadang-kadang kita tak expect jawapan yang kita akan dapat. Asalkan korang pandai gunakan teknologi dengan sebaik mungkin! Jangan lupa tag @lunariamy kalau korang dah cuba okay!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments