in ,

Filter Instagram Khas Untuk Peminat K-Pop!

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Fuyoh! Mana Zoe dapat semua Instagram filter yang best? Dahlah semua ada kena mengena dengan K-Pop!

Ha! Korang perasan atau tidak, dari account Zoe sendiri atau mana-mana kawan korang punya Instagram account, ada main Instagram filter yang best? Okay, kali ini biar Zoe kongsi dengan korang sendiri okay! Dan lepas ini mesti korang tak sabar nak main dan cuba semua Instagram filter ini di rumah!

BTS SOULMATE? by MATTAPPOFFICIAL

Sumber gambar: zoe_lunaria

Ha! Mesti ramai antara korang yang tengah baca ini BTS ARMY? Dah main ke belum filter siapa BTS soulmate korang? Ehem! cuba tengok Zoe dapat siapa? Semestinya my forever BF, Suga! Hihi! Siapa bias korang? Share sikit mungkin kita sama? 

BLACKPINK PLAYLIST by NINK_PHITCHAPHA

Sumber gambar: zoe_lunaria

Nak tahu lagu Blackpink yang mana satu paling sesuai dengan korang? Korang boleh cuba cari Instagram filter ini di akaun Nink_Phitchapha. Mana tahu, apa yang korang dapat itu memang sesuai sangat dengan jiwa korang! Lagi pun, bila dah lama #dudukrumah, kita boleh layan semua dan put on repeat sepanjang hari!

KPOP LIGHTSTICK by GOODAYOONGI

Sumber gambar: zoe_lunaria

Korang fandom group yang mana satu? Ha! Kalau curious, apa kata korang cuba main filter K-Pop lightstick ini untuk tahu korang betul ke fandom sejati group yang korang stan itu! Jangan risau, walaupun tak dapat group yang korang stan, mungkin korang akan stan group baru sebab filter ini?

NCT BOYFIE by FUMAROLLS

Sumber gambar: zoe_lunaria

Tak ada boyfriend lagi? Bolehlah lepas ini korang cuba nasib untuk tahu siapa boyfriend masa depan korang. Mana tahu salah seorang NCT member’s adalah teman lelaki korang satu hari nanti! Hehe! Macam Zoe, dalam NCT memang minat Johnny, sekali main filter ini terus dapat.. adakah ini tanda jodoh? Eh! 

KPOP DEBUT by STILLNOTDAVID

Sumber gambar: zoe_lunaria

Pernah tak berangan nak jadi K-Pop idol? Kalau pernah, korang boleh cuba nasib untuk tahu apa position korang, korang akan debut sebagai group lelaki ke perempuan, berapa orang ahli dalam group korang bila debut nanti. Tak salah nak berangan, orang kata angan-angan jadi impian.. impian jadi cita-cita! 

Ha! Semua ini memang seronok! Kalau korang nak tahu sebenarnya ada banyak lagi tau! Dan senang saja kalau korang nak cuba cari yang lain dari Instagram filter ini. Caranya, korang klik sahaja pada filter itu dan cari di browse effect. Di situ, korang taip sahaja K-Pop ke, BTS ke, Blackpink ke, NCT ke, EXO ke atau nama group K-Pop yang korang suka nanti pasti keluar. Nak cari filter yang lain pun korang search sahaja pada browse effect itu dan save effect! Mudah sangat!

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebelum Tolong Mak Beli Barang, Ini Korang Perlu Tahu

Apa BBNU Buat Sepanjang Kuarantin Di Rumah?