in ,

Filter ‘Gender Swap’ Buat Ramai Orang Jadi Gila!

Sumber gambar: https://www.teenvogue.com/story/snapchat-update-streamlined-search-best-friends

Girls, korang ada scroll Twitter or Instagram dalam dua atau tiga hari lepas? Perasan tak ramai boys yang share gambar diorang jadi perempuan? Bukan tu je, ada juga girls yang jadi lelaki. Sebab apa? Mesti la sebab filter terbaru Snapchat. Korang dah try belum filter tu? Kelakar habis tau.

Filter ni dinamakan as ‘Gender Swap’ which is perempuan akan bertukar muka jadi lelaki dan lelaki pula akan jadi perempuan. Maybe kalau main filter ni, kita boleh tengok muka jodoh kita macam mana, hihi!

Segala macam jambang dan misai dekat muka lelaki akan hilang sekelip mata je dengan filter ni. Bukan tu je, muka pun akan jadi flawless, dagu runcing dan jambu persis seorang perempuan yang pakai makeup. Kalau perempuan pula, muka korang akan jadi besar sikit then ada ‘tumbuh’ misai dan jambang. Tengok je la muka #Lunasquad dekat bawah ni. Ada macam lelaki tak?

Sumber gambar: Lunaria

Tapi kalau nak tengok muka sendiri jadi lagi cantik, korang boleh je pakai filter untuk perempuan. Nanti nampak la yang korang tu double cantik daripada biasa. Siap ada additional rambut panjang lagi tau. Bukan biasa biasa ya update filter kali ini.

Cuma korang kena make sure yang muka korang masuk ngam-ngam dalam ukuran yang disediakan supaya kerja editing akan berjalan lancar. Kalau senget, takut muka korang dalam filter tu nampak tak real sangat.

Sumber gambar: https://www.gamerevolution.com/guides/537509-snapchat-gender-change-filter-male-female-swap-filter#/slide/1

Untuk dapatkan filter ‘Gender Swap’ tu, korang kena update apps Snapchat. Tapi in case lepas dah update pun filter still tak muncul, jangan pula korang uninstall then install semula. Korang tunggu je sampai filter tu muncul sendiri. Cuma jangan sampai trend filter ni dah habis, baru korang dapat try sudah la, hihi!

Jom tengok sikit muka-muka selebriti tempatan yang dah belanja muka diorang versi perempuan dan lelaki. Not bad juga kan kalau muka diorang macam tu. At least macam yang Ainaa cakap tadi, dah tahu muka jodoh macam mana.

Sumber gambar: Instagram Ismail Izzani, Megat Rahim, Sweet Qismina dan Elizabeth Tan.

Kalau #Lunagirls dah try the latest Snapchat Filter ni, jangan lupa share dengan Ainaa dan LUNARIA tau. Mana la tau kot-kot jodoh tertengok ke? Eh? Hihi…

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Puasa Tapi Mengeluh? Hm! Buka Puasa Jelah…

Diet Buah? Boleh Percaya Ke?!