in ,

Filem Terbaik Tentang Persahabatan Yang Wajib Layan

Sumber gambar: lunaria.com.my

Setiap orang mesti ada sahabat mereka yang tersendiri. Tidak kisahlah sama ada korang ada seorang sahabat sahaja, atau pun lebih dari dua orang sahabat.. nilai hubungan korang itu memang tidak dapat digambarkan melainkan korang sahaja yang dapat rasa. Bukan setakat itu sahaja, punyalah sahabat ini adalah orang yang penting dalam kehidupan, siap ada juga tau filem yang berkisarkan tentang persahabatan dijadikan movie atau drama. Apa kata, kita tengok filem apa yang terbaik yang menggambarkan tentang persahabatan. Mana tahu, selepas ini korang boleh tengok sama-sama dengan kawan korang waktu Best Friends Day akan datang nanti! Hehe.

TERBAIK DARI LANGIT

Filem ini mengisahkan seorang jejaka bernama Berg yang merancang sebuah pengembaraan bersama empat rakannya untuk mencari kebenaran mengenai kisah UFO. Berg ini dia percaya yang UFO itu wujud sebab dia pernah ternampak UFO waktu tinggal di asrama sekolah. Di sebalik perjalanan mereka yang jauh nak bikin filem sambil cari UFO itu, mereka sedar ada sesuatu yang tak pernah dijangkakan langsung. Apa dia itu? Korang kena lah tengok sebab sedih tau cerita ini, Berg dia ada kanser otak. Hmm…

MAKE ME SHUDDER

Korang mesti suka cerita yang berlatar belakang pelajar sekolah kan? Filem dari Thailand ini, sentiasa mendapat sambutan orang ramai tau! Dan apa yang penting dia dah ada sampai Make Me Shudder 4 dan setiap siri Make Me Shudder ini ada berlainan pengembaraan yang dilalui oleh Bew, Kru Wanpen, Oil, Nick, Brian, Tape, Kru Pannee, James dan beberapa lagi rakannya yang lain. Korang wajib tengok gelagat mereka sebab memang kelakar habis!Β 

SUNNY

Kisah tentang 7 orang gadis yang dulu bersekolah sama dan mempunyai banyak kenangan manis dilalui bersama. Sampai lah satu hari, ada salah seorang kawan mereka cuba buat reunion semula dengan invite semua orang setelah 25 tahun tidak berhubung. Penamatnya memang menyedihkan sebab mereka reunion majlis kematian kawan mereka yang nak mereka jumpa ramai-ramai semula itu. Korang kena tengok sebab ada saja part yang kelakar dalam cerita ini.

CROWS ZERO

Cerita Jepun paling legend yang rasanya memang menjadi filem kegemaran ramai remaja dari dulu sehingga kini. Walaupun filem ini bergenre aksi dan gengsterisme sedikit, korang boleh nampak bagaimana semangat sayang kawan sesama gengster tau! Watak Genji Takiya dan Serizawa Tamao ini juga memang sangat cool dan tidak boleh dilupakan ramai penonton sampai terbawa-bawa dalam kehidupan tau nanti!Β 

5 CM

Mengenai lima orang sahabat yang memang sentiasa melekat dan jarang berjauhan selama 10 tahun mereka berkawan. Sampai lah satu hari itu, semuanya memutuskan untuk cuba berpisah selama tiga bulan tetapi bila semua dah rindu mereka pun memutuskan untuk lepaskan rindu masing-masing dengan meraikan semula pertemuan mereka dengan mencabar diri mereka untuk ke perjalanan yang mencabar di semua gunung tertinggi di Jawa iaitu di Gunung Mahameru. Sepanjang perjalanan mereka nak tengok kebesaran tuhan, banyak perkara yang terjadi termasuklah soal hati dan perasaan. Apa yang akan jadi, cuba lah korang tonton.

Mesti di antara semua filem ini korang pernah tonton dan mungkin juga tak pernah tonton, betul tak? Tak kisah lah dah atau belum tonton, korang boleh sahaja ajak kawan korang tengok semua filem ini nanti bila bosan. Paling onz kalau korang layan waktu nak sleepover sambil makan snek! Apa pun, korang kena ingat, dalam persahabatan ini komunikasi dan memahami satu sama lain pun penting tau. Jadi, kalau tiba-tiba bergaduh dengan kawan itu, apa kata korang bermaafan dan berbaik semula. Huhu…

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Salah Ikat Rambut Punca Gugur Dan Rosak?

Ini Rupanya Fungsi Kotak Makanan Cereal…