in ,

Filem Sekuel Train To Busan Peninsula Bakal Keluar Julai Ini?

Sumber gambar: youtube.com/UHM - Upcoming Horror Movies

Korang semua mesti dah tengok filem Train To Busan yang pernah hit beberapa tahun lalu kan? Ha! Kalau nak tahu, kali ini flem Peninsula pula yang akan keluar dan apa kena mengena filem Peninsula ini dengan Train To Busan? Ini adalah filem sekuel dari filem Train To Busan lalu yang mana kali ini mereka akan tunjukkan tentang tentera dan beberapa orang yang terselamat dari wabak zombie di Korea Selatan yang dikenali sebagai Peninsula.

Sumber gambar: collider

Dalam cerita ini juga, mereka akan tunjukkan bagaimana mereka cuba berusaha menyelamat kan orang yang masih belum dijangkiti sambil melalui cabaran bagaimana nak hadap serangan zombie yang ganas. Dengar khabar, filem Peninsula ini akan jadi lebih intense jika nak dibandingkan dengan filem sebelum ini. Bukan setakat itu, korang juga dah tengok trailer yang telah dikeluarkan? Katanya, akan keluar pada Julai ini tau! Woah! Tak sabarnya nak tengok dengan kawan-kawan! 

Untuk pengetahuan korang, filem Train To Busan 2: Peninsula akan dibintangi oleh ramai pelakon yang hebat tau! Antaranya Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae dan ramai lagi! Kang Dong Won pun siap mengaku sewaktu dia berlakon dalam filem ini yang sebenarnya akan ramai pelakon yang akan rasa terbeban dengan berlakon dalam filem sekuel tetapi baginya ia tidak menjadi masalah sebab katanya belum ada filem Korea yang bercerita tentang  apocalypse, jadi dia sangat excited

Sumber gambar: all kpop

Masih lagi dengan pengarah yang sama iaitu Yeon Sang Ho, filem ini juga dijangka bakal meletup seperti filemnya yang sebelum ini termasuk lah Train To Busan pada 2016 lalu. Peninsula juga dikatakan akan ada kesan CGI yang lebih banyak sebab ia telah dirancang lama lagi sewaktu Train To Busan sebelum ini yang mendapat sambutan yang sangat baik! Woah! Tak sabarnya!

Sumber gambar: cnn indonesia

Korang juga kena get ready tau! Sebab pergerakan zombie kali ini juga dikatakan akan lebih cepat sebab para pelakon yang berlakon dalam Peninsula ini siap beri spoiler zombie Train To Busan dalam Peninsula ibarat telah berevolusi sebab mereka bergerak lebih laju jika nak dibanding dengan yang sebelum ini. Haha! Walau bagaimanapun, tarikh tayangan di Malaysia belum lagi dikeluarkan, tapi kalau dah keluar nanti, make sure korang ikut SOP dan jaga diri masing-masing okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Khasiat Sebenar MILO® Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Cara Untuk Pastikan Sentiasa Selamat Jika Keluar Bersendirian