in ,

Filem Korea Seram Next Level Korang Harus Tonton!

Sumber gambar: koreaboo.com

Bila cuti sekolah dah ditambah lebih lama sebab Covid 19 ini, bolehlah korang semua tonton lebih banyak filem seram kan? Khas untuk korang yang memang penggemar movie seram dan suka movie Korea. Korang boleh lah isi masa korang untuk tonton beberapa filem Korea yang boleh buatkan korang terfikir, termenung sejenak nasib korang nak tidur malam nanti selamat ke tak kan? Hehe! Jom tengok filem Korea seram mana sahaja yang best korang wajib tonton! 

THE DIVINE FURY

The Divine Fury menceritakan tentang Yong-hu yang dilakonkan oleh Park Seo-joon, seorang juara boxing yang kehilangan kepercayaan kepada Tuhan dan dunia selepas ayahnya meninggal dunia. Cerita ini mula ada konflik apabila suatu malam tangan Yong-hu terluka tanpa sebab. Akhirnya, dia minta bantuan daripada seorang paderi yang juga pengusir anasir jahat ataupun syaitan iaitu Father Ahn yang sentiasa membantu dia. Apa yang akan jadi pada akhir cerita korang memang kena tengok! 

PARASITE

Sebuah keluarga yang semuanya adalah seorang penganggur dan demi memenuhi kebutuhan hidup mereka sekeluarga menyara hidup antara sama lain dengan melipat kotak pizza. Satu hari, kawan Ki Woo anak lelaki daripada keluarga tersebut meminta bantuan untuk mengajar seorang anak orang kaya supaya dia mampu peroleh pendapatan tetap sekeluarga. Segala cabaran dan konflik yang terjadi dalam cerita Parasite ini memang korang kena tengok sebab intense sangat! 

0.0MHz

Mungkin ia hanya frekuensi yang melayang di udara. Namun, jangan korang ragukan kemampuan frekuensi khusus 0.0 Mhz ini. Kisah ini adalah tentang lima orang pelajar yang cuba keberanian mereka untuk mengusik dunia lain. Bermula dari kelab super natural yang mereka join, mereka berlima cuba untuk datang ke sebuah rumah kosong yang katanya seorang wanita bunuh diri secara tragis untuk mengusir roh halus ini. Adakah mereka semua akan terselamat? Korang mesti nak tahu kan? Jadi tonton lah okay! 

THE MIMIC

The Mimic mengisahkan tentang satu makhluk misteri yang bernama “Jangsanbum” yang dipercayai oleh orang sekitar satu kawasan perumahan yang dapat meniru suara manusia. Ia merupakan sosok haiwan yang dapat meniru suara manusia dan memujuk budak kecil supaya dia memakannya. Eish! Memang creepy!

Jadi, sambil korang nak berehat sebentar selepas belajar waktu cuti ini korang boleh lah tonton filem Korea seram yang kami cadangkan ini. Kalau korang takut nak tengok seorang diri, ajak lah adik-beradik korang yang lain. Iya lah nak ajak kawan sleepover sekali tak boleh sebab semua kena duduk rumah masing-masing kan? Apa pun, korang stay safe ya musim wabak Covid 19 ini memang bahaya betul! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Insecure Dengan Diri Sendiri? Atasi Dengan Cara Ini

Apple Tangguhkan Keluaran iPhone Baru