in ,

Filem² Indonesia Best Untuk Korang Layan

Sumber gambar: iamlejen.com

Fuh! Penat juga asyik tonton cerita Korea saja di Netflix dan Iflix.. Tak habis-habis tengok Korea saja tapi cakap Korea tak reti lagi.. Eh? Cerita Melayu pula dah banyak kita khatam sebab setiap minggu akan ada episod baru, nak keluar tengok wayang pun dah tak boleh sekarang. Hmm…memang bosan tapi apa kata kalau korang cuba tonton filem-filem Indonesia pula? Filem Indonesia memang paling best untuk kita layan waktu bosan dan ada kelapangan sebab kebanyakan filem mereka memang chill dan santui aja bak kata mereka. Hehe! 

GALIH DAN RATNA

Filem ini mengisahkan kisah Galih seorang pelajar yang sangat introvert yang dipaksa untuk dahulukan pelajaran daripada minatnya terhadap muzik sebab dulu arwah bapanya buka kedai muzik. Sehinggalah satu hari, Ratna, seorang gadis dari Jakarta yang berpindah ke kota dimana Galih tinggal dan bersekolah bersama Galih muncul dan membantu Galih mencapai impiannya untuk jayakan kedai muzik itu. Berjaya atau tidak, korang cubalah tonton! Memang sweet sangat! Zoe sampai perasan dan sengih macam kambing saja waktu tengok cerita ini. LOL! 

PENGABDI SETAN

Mengenai hidup sebuah keluarga yang ibu mereka sakit sehingga meninggal dunia. Rini terpaksa menjaga adik-adiknya Tony, Bondi dan Ian sewaktu bapanya perlu keluar bandar untuk selesaikan hal selepas pengebumian ibunya. Sewaktu Rini menjaga adik-adiknya, mereka dijaga oleh Ustaz dan anaknya, Hendra, yang cuba membantu mereka dalam tempoh berkabung. Seram sangat, lebih lagi lagu ibu mereka dimainkan secara tiba-tiba! Korang nak tahu adakah mereka akan selamat? Korang kena tengok sebab ramai yang tak boleh tidur malam sebab cerita ini tau termasuk Zoe, huhu!

POSESIF

Lala adalah atlet terjun dan pelajar tahun akhir sekolah menengah yang mana waktu itu ada seorang pelajar baru yang datang ke sekolahnya bernama Yudhis. Sampailah satu masa mereka berdua di denda oleh cikgu mereka dan sejak itu mereka jadi sangat rapat sehingga suka sama sendiri dan bercinta. Siapa diantara mereka berdua ini yang paling posesif kepada pasangan masing-masing, kena tontonlah okay. Dari situ baru korang tahu sama ada hubungan seperti ini baik atau tidak… 

REFRAIN

Nata dan Niki merupakan BFF sejak kecil walaupun mereka berbeza dari segi perangai dan karakter sebab Nata merupakan seorang yang sangat cool dan pendiam dan Niki pula sebaliknya. Bila masuk sahaja ke sekolah menengah Nata dan Niki ada kawan-kawan baru dan Niki dah ada boyfriend. Mula dari situ, baru Nata terfikir yang dia ini sebenarnya suka pada Niki.. Agak complicated hubungan mereka ini.. Lebih lagi suka BFF sendiri…Agak-agak mereka bersama ke tidak ya akhirnya? Cubalah korang tengok nanti okay! 

Korang jangan risau sebab semua cerita yang Zoe kongsi dengan korang ini best dan tak hambar langsung untuk korang yang suka cerita zaman-zaman sekolah dan remaja. Lagi pun semua jalan cerita ini memang bersahaja dan tak ada yang terkejut langsung.

What do you think?

-9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ketepikan Game Online, Jom Main Game ‘Manual’

Menu Simple Untuk ‘Chef’ Baru Nak Up