in ,

 Fesyen Raya Pelik 2019!

Sumber gambar: Lunaria

Eh kenapa pesen baju ni macam ni? Peliknya ! Sesuai ke kalau pakai macam ni waktu raya?

Hai #Lunagirls, dup dap dup dap.. minggu depan dah raya. Yay! Balik kampung! Hihi.. Dalam seronok nak raya tu, korang perasan tak trend raya yang pelik-pelik? Ada baju melayu Thor, baju melayu Kpop, jubah jersi bola dan macam-macam lagi! Kalau untuk girls pulak, kita ada yang…

BAJU MELAYU GIRLS

Sumber gambar : https://www.hangat.com

Jangan ingat baju melayu untuk boys je! Sekarang dah ada baju raya untuk girls tau.. Kenapa nak pakai baju kecil, kalau kita boleh pakai yang besar! Kalau baju macam ni, nak makan banyak mana pun orang tak nampak. Bukan tu je, korang tak akan rasa panas, sebab angin senang keluar masuk, sejuk je rasa.. Tapi jaga-jaga takut terselak pula nanti! Ops!

BULU MATA KERINTING

Sumber gambar: Instagram Sofiepeterseen

Selain rambut yang dikerintingkan, bulu mata pun sekarang orang nak kerinting tau! Mungkin tujuan dia kerinting untuk halang lalat atau debu masuk mata kot.. Haha! Atau pun nak, nak tarik perhatian crush dia.. Bila nampak mata je  terus wow giteww.. Tapi kalau korang nak ada bulu mata yang cantik dan melentik secara natural, try la buat perming. Superdeals ada harga yang murah, hanya Rm55 je tau! Sempat lagi nak buat before raya ni..

BAJU KURUNG CHEONGSAM

Sumber gambar: Karabum Koleksi AKIARA

Cantikkan baju ni, ala-ala macam kebaya tapi design macam Cheongsam! Kata orang, gabungkan dua bangsa jadi satu.. Baru la satu Malaysia! Tahun ni Dinna ada satu design baju raya cheongsam tau! Baju raya #Lunagirls design macam mana tahun ni?

RAMBUT RARE

Sumber gambar: Alif Chanel

Nak rare? Cuba la gaya rambut macam ni! Agak-agak kalau orang tu tak bagi duit raya, korang ketip tangan dia! #jkjk Tapi Dinna sarankan kalau nak buat gaya ni, kena buat dua atau tiga hari lebih awal. Bukan apa, sementara tunggu korang siap, orang dah balik dah… Macam mana nak kumpul duit raya!

Rasanya #Lunagirls sanggup ke cuba trend rare macam ni? Hihi.. Especially, yang rambut ketip tu.. Baru la jadi trendsetter.. Silap hari bulan korang pulak yang viral! Thank us later! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ramadhan Special #4: Shopping Raya Bawah RM20?!

Jangan Sebab Tudung, Rosak Mood Raya!