in ,

Februari Bulan Penyanyi BBNU Release Lagu Baru

Sumber gambar: Instagram @naimdanielx / Instagram @andibernadee

Woww, macam banyak je lagu best yang keluar bulan Februari ni. Tahu la Februari bulan cinta cinta, agaknya itu yang ramai penyanyi BBNU keluarkan lagu cinta ni.

Ya memang ramai ya yang release lagu baru pada bulan Februari ini. Bukan setakat BBNU, Datuk Seri Siti Nurhaliza pun baru sahaja keluarkan single terbaharunya berjudul 7 Nasihat. Itu Tokti, penyanyi lain pun ada juga lagu baru. Sampaikan ada yang dah mencecah ribuan kali tontonan ya. Jom kita check it out apa kisah sebalik lagu baharu nyanyian penyanyi BBNU ni. BTW ada beberapa dah Ainaa dah hafal tau, senang nak karaoke nanti!

ANDI BERNADEE – SHIMMY

Bila korang dengar lagu ni, bahagian badan mana yang akan goyang dulu?

Ha, itu ialah soalan daripada Andi sendiri selepas single baharunya berjudul Shimmy ni keluar pada 14 Februari yang lepas. Belum release pun orang dah ternanti-nanti, after dah release lagi la ramai yang excited! But for now official music video untuk lagu Shimmy masih belum lagi release. Malam ini ialah malam yang dinantikan oleh fans Andi apabila tepat jam 8:30 malam ni, MV lagu Shimmy akan release dekat Youtube! Korang kena set alarm supaya jadi yang paling awal tengok MV ni ya. Ainaa pun excited juga nak tengok MV lagu ni sebab promo pun boleh tahan. Kalau korang tengok dekat IG Andi, dia bagi hint yang dalam MV itu ada scene darah-darah tau. Tengok je la dia punya video muka macam vampire! Kalau vampire muka handsome macam tu, Ainaa pun sanggup jadi vampire juga, eh? Based on lirik dia, susah juga Ainaa nak tafsirkan ia mengisahkan tentang apa. Tapi maybe boleh jadi seorang lelaki dengan rela hati ingin menemani seorang wanita yang dia suka kot? Before this Andi ada cakap yang lagu Shimmy ni dia tujukan khas buat fans yang selalu luahkan perasaan tentang masalah study, percintaan dan kehidupan dekat DM dia. Iya la, Andi ni kan Boyfriend Online ramai orang, haha! Apa pun, jangan lupa malam ni pukul 8:30 untuk tengok MV Shimmy okay!

FLOOR 99 – YANG BENAR

Baru sahaja release pada Isnin yang lepas, tapi sudah mencapai tontonan sebanyak 1 juta lebih ya kawan-kawan! At the same time telah berjaya memecah rekod trending nombor toga di Youtube Malaysia. Before this mereka ada keluarkan lagu Hutang yanag mana itu juga berjaya ditonton sebanyak 51 juta kali walaupun baru upload pada bulan Julai yang lepas. Power la Floor 88 tak pernah mengecewakan ya! Bagi lagu Yang Benar ini, Floor 88 telah tampil dengan konsep baharu yang mana lagu ni agak sedih bagi Ainaa dan rata-rata pendengar pun mengatakan perkara yang sama. Kisah cinta tak kesampaian, itu la yang Floor 88 cuba sampaikan dalam lagu baharu mereka ini. Lain kan daripada lagu yang sebelum ni, kalau tak lagu mereka semua rancak belaka. This time confirm korang menangis punya! Tapi kalau korang perasan, MV setiap lagu Floor 88 ni, macam ada kesinambungan pada lagu yang lepas tau. Cuba perhatikan betul-betul jalan cerita semua lagu mereka daripada mula which is Zalikha sampai la Yang Benar ni. Mesti korang setuju apa yang Ainaa cakap ni.

NAIM DANIEL – SEMBAH

Selepas bergelar juara Anugerah Juara Lagu 34, Naim Daniel muncul dengan single baharu berjudul Sembah. Sembah merupakan lagu ciptaannya sendiri bersama dengan Iqie Hugh dan lagu ini menampilan lagenda Man Keedal! Sebelum ni lagu Sembah telah mencetuskan kontroversi apabila hashtag #sembahnaim menjadi persoalan netizen kononnya menyebah dirinya. Tetapi maksud #sembahnaim itu ialah ‘persembahan’ atau ‘jalan cerita’. Bagi Naim, hashtag itu bertujuan untuk memudahkan pencarian di internet dan social media bila ia release which is dah release pada 11 Februari yang lepas. Walaupun tajuk lagunya Sembah, tapi satu perkataan Sembah langsung tak ada dekat dalam lirik lagu ini. Apa yang cuba disampaikan ialah mengenai luahan perasaan seseorang yang perasaannya telah dianiaya. Macam biasa, kalau Naim punya lagu mesti la hit kan? Sekarang pun dah nak masuk 2 juta tontonan di Youtube. Tapi MV masih lagi belum ada. Maybe nak buat konsep macam lagu Sumpah juga? Tak ada MV tapi kalau masuk AJL, terus realisasikan MV dekat atas pentas! Kreatif ya awak ni Naim!

SUFIAN SUHAIMI – JANJI

Masih lagi dalam kesedihan, setiap lagu Sufian Suhaimi memang tangkap jiwa! Tak sedih pun boleh jadi sedih bila dengar lagu Janji ni. Mana tidaknya, boleh pula dalam MV tu tengah bahagia menjalin cinta, tiba-tiba ada plot twist pula. Nak tahu plot twist tu, kena la tengok sendiri dekat Youtube. Kita naikan views ya memandangkan MV lagu Janji baru sahaja release semalam, tapi dah mencecah hampir 180 ribu tontonan. Pernah ke Sufian Suhaimi kecewakan kita kalau bab MV ni? Rasanya belum lagi ya since lagu Di Matamu tu memang onz teruk, ini kan pula lagu Janji. Satu kelainan yang boleh kita nampak kali ini ialah Sufian kelihatan agak berisi ya sekarang. Agak-agak lagu ni akan masuk AJL 35 tak? Mana tahu kali ni Sufian dah tak bawa pelamin naik pentas, tapi dia bawa naik pasangan baru pula, eh?

HAQIEM RUSLI – BANGKIT

Sekali dengar terus rasa bersemangat! Lain macam kelainan yang Haqiem bawa kali ni ya, bukan lagi lagu balada tapi lagu rancak! Rasa nak menari bila dengar lagu ni kan?Bangkit mengisahkan tentang kehidupan harian yang biasa kita lalui atau tengok sendiri dekat social media. Kiranya dia mengangkat isu semasa yang terjadi dalam kalangan remaja which is antaranya buli, ujian yang kita hadapi dalam kehidupan dan memberi semangat untuk kita terus capai kejayaan yang sedang kita kejar! Memang boleh buat lagu naikkan semangat bila rasa nak mengalah! Cuma ada satu je yang tak berubah. Haqiem masih lagi pakai cermin mata hitam dia walaupun melompat, cermin mata tu masih lagi maintain ya! BTW lagu ni boleh jadi lagu sukan juga tau sebab kalau korang dengar betul-betul memang menaikkan semangat. Good job Haqiem! Untuk pengetahuan korang, lagu Bangkit dicipta seluruhnya oleh Haqiem sendiri. Memang berbakat la awak ni Haqiem! Lunaria love you!

Ada lagi lagu BBNU yang Ainaa terlepas tak? Kalau ada tolong bagitahu please sebab so far rasanya ini sahaja lagu baru. Apa pun good luck diucapkan kepada semua penyanyi yang baru sahaja release lagu baharu mereka. Semoga tahun 2020 membawa tuah kepada kalian semua dalam dunia seni! Ehem, lepas ni Lunaria pun jadi penyanyi juga tau. Nak tahu lagu apa? Ha, kena la check it out kitorang punya Instagram dan Youtube channel!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments