in ,

FB Story Pun Boleh Share Lagu Dari Spotify!

Sumber gambar: https://www.elitedaily.com/women/do-not-talk-to-a-woman-wearing-headphones/1596028

Siapa antara #Lunagirls yang main Facebook? Biasanya kalau korang main FB, korang post tak stories dekat sana macam dekat Instagram tu?

Before this kita tengok dekat Instagram je boleh post story sekali ada lagu daripada Spotify kan. After this korang pun boleh buat story macam tu dekat Facebook stories. Nampaknya lepas ni berderet orang share lagu dekat situ, hehe!

Once korang buka je apa-apa lagu dekat account Spotify masing-masing, korang boleh terus share dekat Facebook stories sama macam dekat Instagram. Bukan je boleh share dekat story tau, tapi dekat News Feed pun boleh juga!

Even tak ramai orang post story dekat Facebook, tapi dengan cara ni mungkin akan tarik minat pengguna untuk share story lepas ni. Memandangkan content dari Instagram pun boleh share dekat Instagram, sebab tu orang lebih prefer set satu benda tu untuk semua platform digital. Tapi macam yang Ainaa cakap tadi, mungkin dengan cara ni lebih ramai pengguna akan suka dengan update terbaru ni.

Spotify
Sumber gambar

Pada Februari tahun lepas, pihak Spotify dah berkolaborasi dengan Instagram untuk update apps dengan cara share muzik ke platform media. Sejak tu, ramai pengguna seronok sebab diorang dapat share their favorite playlist dengan followers yang lain. Tak ada la leceh kena screen record atau screen capture lagu tu, lagi pun leceh kan.

Lepas ni mesti ramai akan share lagu favorite diorang dekat Facebook stories kan. Ehemm, maybe parents korang semua pun tak terkecuali buat benda yang sama, haha! BTW jangan lupa update dekat Apps Store atau Play Store ya!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Suga Meow-Meow, Jhope Menyinari Hidup + GIVEAWAY BTS DOLL!

Salahkah Cakap Bahasa Rojak?