in ,

Fasa Move On Yang Akan Korang Lalui…

Sumber gambar: http://answersfrommen.com/wp-content/uploads/2017/06/

Duh aduh aduh… Sakitnya hati ini bila kena move on lepas dah putus cinta. Ingat senang ke nak lupakan semuanya?

Bertabah la sayangku sekalian. Mencintai tak semestinya memiliki… Tak semua orang boleh handle perasaan putus cinta tu dengan mudah. Ada yang kena ambil masa sampai bertahun, still tak move on juga. Before korang move on, akan ada beberapa stage yang perlu dilalui iaitu…

TERUS BERFIKIR

Related image
Sumber gambar: https://www.hipwee.com/list/tips-menanti-jodoh-biar-kamu-ngga-terkesan-menyedihkan/

Biasanya bila baru putus, kita akan tertanya-tanya kenapa pada asalnya korang berdua decide untuk berpisah. Sometimes ada girls yang akan salahkan diri sendiri atas apa yang jadi. Ada pula yang 100% letak kesalahan pada pihak si dia walaupun sebenarnya masing-masing ada salah sendiri. Korang akan terus berfikir sampai la tak tahu nak fikirkan apa lagi tentang apa yang dah jadi.

THROWBACK

via GIPHY

Now dah masuk stage throwback! Mula daripada lagu, movie, tempat dating, sampailah makanan yang pernah korang makan sama-sama dulu. Lagi-lagi teringat ayat manis atau ayat pickup line yang pernah dia bagi waktu tengah hangat bercinta. Dan kita akan mula nak duduk sendirian, menangis teringat benda merepek lepas itu rindu. Eh? Kan nak move on, jangan la layan perasaan lagi dah.

MELUPAKAN

via GIPHY

Dekat sini korang dah boleh lupakan sedikit demi sedikit tentang si dia. Mula-mula memang agak susah, tapi sampai bila nak sendu je? Korang pun kenalah teruskan kehidupan dengan orang lain juga. Biasanya nak sampai tahap ini akan ambil masa yang agak lama. Nampak la yang korang dah boleh terima hakikat atas apa yang jadi. Boleh juga start buang atau simpan barang-barang yang dia dah bagi. Jangan bagi nampak depan mata, nanti sedih balik.

MERELAKAN

via GIPHY

Tahniah pada siapa yang dah lalui semua fasa ni dan redha untuk teruskan hidup. Segala macam rasa sedih atau rindu tu semua dah hilang sepenuhnya. Maybe ada la tinggal sisa-sisa tapi tak ada la effect seluruh perasaan korang pada dia. Akhirnya korang berjaya hidup macam orang normal. Tapi susah juga sebenarnya nak sampai tahap ni, hati korang kena betul-betul kental. Jangan jadi macam Ainaa, lepas empat tahun baru boleh move on, huhu!

Ainaa sendiri tak nafikan yang nak move on ni memang susah sebab korang akan terus ingat dekat si dia. Tapi nak tak nak mesti la kena make a move. Agak kalau susah sangat, Ainna suggest dekatkan diri pada Pencipta pula okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gaya Rambut Lain Daripada Lain!

BFF Hotstuff Dekat Sekolah? It’s Okay, Kita Cool Je!