in ,

Fakta Unik Tentang K-Pop Idol Yang Tak Ramai Tahu

Sumber gambar: aminoapps.com

Kadang-kadang, bagi sesetengah orang mengambil tahu tentang hal K-pop idol adalah sesuatu hal yang menyeronokkan. Sehingga ada di antara mereka yang boleh bercerita dan berikan beberapa fakta unik tersebut kepada kawan-kawan yang minat K-pop. Kali ini, kami nak kongsi dengan korang beberapa fakta yang menarik tentang K-pop idol yang mungkin korang tak tahu lagi.

HAMPIR MATI SEBAB BUAYA

Korang berani atau tidak dengan haiwan buas seperti buaya? Ya, tak ramai yang berani. Memang berbahaya dan tak pernah dibuat orang langsung. Akan tetapi, pada waktu kecil, seorang K-Pop idol ini sebenarnya pernah hampir mati sebab berenang di satu sungai yang ada buaya dan idol itu adalah Han Jisung Stray Kids, tak tahu apa yang dia fikir waktu itu tapi nasib baik dia selamat! 

CASTING WAKTU JADI SUKARELAWAN

Untuk seseorang yang memang suka mencuba nasib untuk berada dalam dunia hiburan, sudah pasti akan ada beberapa usaha yang akan dilakukan untuk jadi penghibur. Lain pula dengan Jaemin NCT, cara dia buat casting untuk di rekrut oleh SM Entertainment memang unik sebab dia di-casting semasa menjadi sukarelawan. Iyalah, siapa yang minat dengan Jaemin ini, mesti korang tahu yang dia memang suka sangat buat kerja sukarelawan. Memang baik betul!

JADI ONE OF TRANSFER STUDENT 

 

View this post on Instagram

 

⠀ <BREAK THE SILENCE: THE MOVIE> coming soon! Tickets at BTSinCinemas.com ⠀ #BTS #방탄소년단 #BREAKTHESILENCE_THEMOVIE

A post shared by BTS official (@bts.bighitofficial) on

Dilahirkan dalam keluarga yang dikira masih mampu memang seronok sebab korang tidak akan ada masalah untuk menjadi pelajar pertukaran di mana-mana negara. Sama dengan Kim Seokjin BTS, sebenarnya dia pernah menjalankan pertukaran pelajar di Australia sewaktu sekolah menengah. Akan tetapi, hal ini tak kecoh sangat sebab Seokjin pernah cakap yang dia memang tak nak beritahu umum sebab dia malu walaupun pernah jadi transfer student, dia masih tidak pandai bertutur bahasa Inggeris.

MENGAIT WAKTU BOSAN

 

View this post on Instagram

 

#원스야나도먹어쪄 #앙글이는이뽕 #앙글이는끼쟁잉 #이거찍은건샤샹

A post shared by TWICE (@twicetagram) on

Memang jarang kita nak tengok perempuan sekarang suka mengait, walaupun ada beberapa yang suka tapi biasanya mereka dalam kalangan minoriti. Jika hobi kebiasaan K-pop idol adalah bermain game, tidur, bersukan, membaca buku dan sebagainya. Hobi Mina dan Jihyo TWICE pula adalah suka mengait, mereka sendiri yang cakap bahawa mereka gemar mengait untuk mengisi masa terluang.

STAGE NAME ASAL YANG ANEH

Pernah tak korang bayangkan nama pentas K-Pop idol kesayangan korang itu lain dan aneh? Kalau korang nak tahu, sebelum debut nama pentas Solar MAMAMOO yang asal akan diberi Do Re Mi. Manakala, macam BTS pula, kesemua nama pentas maknae line yang ingin diberikan adalah seperti V= Rex atau Cis, Jimin= Baby G dan Jungkook adalah Seagull. Sangat cringe bukan? Hehe

Jadi, itu adalah beberapa fakta yang menarik tentang K-Pop idol. Ke korang pernah dengar yang lebih menarik lagi sebelum ini? Kalau ada, cubalah kongsi dengan kami dan komen sebab kami pun nak tahu juga. 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Hilangkan Homesick Untuk Korang Duduk Hostel

Cerita Di Netflix Yang Tengah Hot Di Malaysia!