in ,

Fakta Menarik Tentang “Yes or Yes” Twice!

Sumber gambar: deviantart.com/yuyo8812/art/TWICE-YES-OR-YES-WALLPAPER-771318047

via GIPHY

Halo girls! Happy Monday!  Harini LUNARIA nak cerita tentang Twice! Baru 6 hari Twice up muzik video lagu terbaru bertajuk Yes or Yes, now dah nombor 4 trending dekat YouTube Malaysia tau! Bukan tu saja, jumlah tontonan pun hampir 60 juta! Congrats Twice! Jom kita intai sikit apa yang menarik tentang lagu ni!

20 JUTA TONTONAN LEPAS 10 JAM RELEASE

Sumber gambar: thebiaslist.com

Kalau sebelum ni muzik video lagu DDU-DU DDU-DU  berjaya pecah rekod, but this time TWICE dah ambil alih that ‘CROWN’ daripada BLACKPINK! Dan lebih menarik, menurut website Soompi.com lagu “Yes or Yes” sekarang berada di tangga paling atas dalam carta muzik Korea Selatan tau girls!

NOMBOR 1 DI APPLE MUSIC 17 NEGARA

via GIPHY

Bukan setakat trending di YouTube je, tapi lagu Yes or Yes juga beada di tangga nombor 1 dekat Apple Music untuk 17 buah negara seluruh dunia! Fuh! Power betul Twice ni! Mereka berjaya tembus pasaran antarabangsa seperti Jepun, Singapore, Hong Kong, Thailand dan banyak lagi!

BUAT COMEBACK LEPAS LAGU TT

via GIPHY

Kalau tahun 2016 lepas, Twice guna konsep horror untuk lagu TT, tahun ini mereka buat comeback semula dengan konsep yang sama! Tapi versi lain sikit! TWICE terkenal dengan gaya cute but this time mereka cuba bawa sexy style!

MAKSUD YES OR YES

Sumber gambar: billboard.com

Sebenarnya, lagu Yes or Yes ni menceritakan tentang cinta yang tak nak di tolak! Erti kata lagi, tak nak kena reject! Haha! Biasalah, kadang-kadang apa yang kita nak, tak semestinya dapat. Dalam lagu ni Twice sangat tegaskan yang mereka tak nak cinta mereka di tolak! ONLY YES!

EFFECT SPECIAL

via GIPHY

#Lunagirls perasan tak, dalam muzik video ni mata mereka berubah warna dan semuanya bulat-bulat belaka? Effect ni mereka buat khas sebab nak tunjuk yang mereka sebenarnya berada dalam dunia magical sambil buat tawaran ‘Yes or Yes’!

So apa pendapat korang untuk lagu Yes or Yes daripada Twice ni? Ada any of #Lunagirls yang dah hafal step menari lagu ni? Haha! Kalau ada, boleh la share dan tag @Lunariamy video korang menari step ni okay girls! #Saranghae

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments