in ,

Fakta Menarik! Ini Asal Usul Nama Negeri Di Malaysia

Sumber gambar: Publicdomainpictures.net

Jannah, kau tahu tak sebenarnya Melaka dapat nama daripada anjing dengan pelanduk putih

Semasa kelas Sejarah cikgu mesti akan banyak bercerita tentang sejarah negeri Melaka. Kisah tentang bagaimana penubuhan kerajaan Melaka, siapa itu Parameswara, apa yang terjadi sewaktu pemerintahan Parameswara dan banyak lagi. Korang sendiri mungkin tahu beberapa nama lama bagi tempat-tempat yang ada. Contohnya negara Singapura dahulu dikenali sebagai Temasek, Thailand dulunya dipanggil Siam dan banyak lagi. Itu daripada segi negara luar, bagaimana pula nama di setiap negeri Tanah Melayu boleh terjadi? LUNARIA akan share beberapa asal usul nama negeri yang terdapat di Malaysia…

KELANTAN DARUL NAIM

Negeri yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah ini juga sinonim dengan tempat pelancongan seperti Wakaf Che Yeh. Nama negeri Kelantan ini berasal daripada perkataan ‘gelam hutan’ yang mana memberi maksud nama pokokΒ dalam Bahasa Melayu. Ada juga yang mengatakan nama negeri itu berasal dari perkataan ‘kilatan’ atau ‘kolah tanah’. Bukan itu sahaja, negeri Kelantan juga dikenali dengan nama lain seperti Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang serta Serambi Mekah pada zaman dahulu. Untuk pengetahuan semua, Kelantan pernah menjadi negeri asal Kesultanan Melaka ketika zaman kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Sejarah awal Kelantan juga tidak begitu jelas tetapi ada bukti menemukan negeri Kelantan telah menjadi penempatan manusia pada zaman prasejarah.

KEDAH DARUL AMAN

Mengikut catatan para sejarawan, negeri Kedah merupakan antara negeri tertua di Tanah Melayu kerana ketika kajian arkeologi dilakukan, terdapat kewujudan penempatan serta beberapa aktiviti masyarakat Melayu Proto. Mengikut rujukan pada catatan Arab dan Parsi, nama Kedah pada asalnya ialah ‘Kilah’, ‘Kalah’ atau ‘Qalha’. Tetapi dalam tulisan sanskrit pula, Kedah dicatat sebagai ‘Kataha’ atau ‘Kadara’. Bukan itu sahaja, negeri ini juga dikatakan berasal daripada perkataan ‘Kheddah’ yang membawa maksud perangkap Gajah. Maksudnya disini ialah negeri Kedah terkenal dengan bermacam-macam nama. Antara salah satu sebabnya ialah kerana negeri tersebut merupakan negeri tertua di Tanah Melayu

PERAK DARUL RIDZUAN

Negeri Perak mempunyai nama klasik yang tersendiri iaitu Gangga Negara dan ketika itu pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama negeri Perak ini diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang telah dilepaskan oleh anak kepada Raja Merong Mahapodisat Kedah. Ketika itu juga anak panah tersebut telah dilepaskan ke kawasan yang telah dihajati oleh beliau untuk mendirikan sebuah negeri. Ada juga sejarah mengatakan nama negeri Perak pada asalnya merupakan hasil gabungan ketiga-tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin. Hasil usahasama persetujuan ketiga-tiga Ketua Penghulu mengikut daerah ini dan juga disebabkan kebesaran tanggungjawab Bendahara Tun Perak, maka terjadilah nama Perak.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Nama Negeri Sembilan sudah pun digunakan sejak abad ke-16 bagi merujuk kepada persekutuan pertempatan serta daerah yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu. Ketika itu gabungan nama Negeri Sembilan ini didapati daripada gabungan sembilan daerah yang terdapat dibawah gabungan iaitu:

  • Sungai Ujong
  • Naning
  • Rembau
  • Jelebu
  • Johol
  • Klang
  • Jelai
  • Ulu Pahang
  • Segamat

Untuk pengetahuan korang, saiz Negeri Sembilan kini lebih kecil berbanding saiz yang asal pada zaman dahulu.

PERLIS INDERA KAYANGAN

Dahulu, Perlis dikenali dengan nama ‘Kayang’ atau ‘Kayangan’ yang mana ia diberikan oleh seorang tua yang dikatakan mempunyai keramat iaitu ‘Tok Perlis’. Namun bagi versi lain, Perlis mendapat nama melalui perkataan Siam iaitu ‘Phrau Loi’ yang bermaksud kelapa hanyut. Ketika itu, terdapat banyak kelapa hanyut yang dijumpai oleh orang Siam ketika mereka menggunakan laluan Kuala Sungai Perlis untuk ke Kedah. Akhirnya perkataan ‘Phrau Loi’ itu telah disebut sebagai Perleh oleh masyarakat tempatan.

Nama asal usul nama negeri-negeri ini berkait rapat dengan sejarah penaklukan kuasa luar pada ketika itu. Disebabkan itulah mengapa terdapat banyak asal usul yang kita ketahui. Cuba bayangkan kalau sampai sekarang negeri Perak digelar sebagai Gangga Negara… Senang tak korang nak ingat?

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

4 Kelas Tarian K-Pop Terbaik Di Korea Selatan

Dah Bayar Payment, Tapi Influencer Ini Tak Settle Review?