in ,

Fakta Luar Biasa Tentang Bra! No. 3 Paling Shook

Sumber gambar: weheartit.com

Alamak! Bra tercabut pula.. aduh aduh!

Ada macam-macam jenis bra yang terjual di pasaran. Korang suka pakai bra macam mana? Sesetengah orang tak suka pakai bra, ada orang pula suka sangat pakai bra sampai tidur malam pun pakai bra. Fuh, gigih sis! Apa pun, yang penting jangan lupa basuh bra.. Bau ashemmm nanti.. LOL! Bra memiliki sejarah yang menarik dan banyak fakta yang mungkin korang tak tahu.. Jom LUNARIA rungkaikan sejarah rare bra!

RAMAI MASIH TAK TAHU UKURAN PAYU DARAย 

Sumber gambar: Panache Lingerie

Masih ada segelintir girls susah nak jumpa saiz bra yang betul dan matchย  dengan tubuh badan. Jika terbeli bra yang tidak sesuai dengan bentuk dada, nanti terasa lebihan di bahagian dada dan bahu. No worries, korang hanya perlu lihat pada label bra yang terdapat banyak nombor untuk merangkumi saiz bra tersebut. Nombor itu adalah ukuran lilitan ataupun perimeter di sekeliling bahagian tulang rusuk dan huruf itu juga merujuk pada saiz cup bra yang korang pilih.

Cara ukur:

  1. Cuba lilitkan tali pengukur ke sekeliling bahagian tulang rusuk yang bermula dari bahagian bawah buah dada. Hembuskan sedikit nafas dan jangan berdiri terlalu tegak. Lakukan dalam posisi mendada ke depan seperti biasa.
  2. Lakukan lilitan di sekeliling bahagian dada bersesuaian dan jangan mengukur terlalu ketat.
  3. Tolakkan band size dengan ukuran lilitan pada dada.ย Nombor yang ada pada lilitan dada tadi korang boleh tolakan dengan nombor ukuran pada band size. Perbezaan nombor hasil dari penolakan kedua-dua nombor maka itulah nombor penentu saiz bra yang korang pakai. Jika ianya kurang dari 1 inci, maka itulah saiz yang sesuai untuk korang.ย 

SPORTS BRA INSPIRASI JOCKSTRAP

via GIPHY

Sports bra telah dicipta seawal tahun 70an. Ia merupakan penemuan yang baru dan prototype pertama dibuat hanya dengan menjahit dua jockstrap bersama. Jockstrap ialah seluar dalam yang dipakai oleh para atlet olahraga, seperti baseball dan basikal.

BENTUK BRA PERTAMA MENAKUTKAN

Sumber gambar: Brilio.net

Bra pertama dipatenkan oleh Marie Tucek pada tahun 1893. Pada ketika itu, orang perempuan pakai bra seperti korset sebelum adanya bra modern seperti sekarang. Kalau korang nak tahu, dulu mereka tidak menggunakan kain untuk buat bra, mereka gunakan logam. Yup, logam! Bayangkan macam mana orang perempuan zaman dulu nak pakai bra setiap hari.. Fuhh berperluh sis!

UKURAN BREAST BERUBAH SETIAP TAHUN

via GIPHY

Ya, betul! Breast kita akan membesar dan berubah saiz setiap tahun. Ada orang akan pakai saiz yang sama bertahun-tahun dan akan menyebabkan rasa tidak selesa bila pakai seharian. Rasa tak support gittew. Dan sebenarnya, saiz breast kita boleh berbeza sebanyak tiga kali setahun! Perkara ini terjadi disebabkan oleh berubahan berat badan, pengambilan ubat-ubatan yang mungkin akan mengganggu perubahan hormon atau menstruasi.

BRA PUN ADA HAD USIA

Sumber gambar: Testmforum2017

Semahal dan sebagus apa pun jenis bra yang kita ada, ia tetap tak boleh dipakai terlalu lama.Jangka usia satu bra ialah antara enam hingga sembilan bulan sahaja. Bra akan tahan lama jika kita jaga dan guna ia dengan baik tapi jika ia melebihi 1 tahun usianya, adalah lebih baik korang buang dan tukar bra baru. Walaupun ia kerap di basuh, tapi bakteria tetap tersimpan di situ ya.

Ada yang shook baca fakta di atas tak? Korang suka fakta yang mana satu? Komen di bawah okay! Apa pun girls, pakai saiz bra yang sesuai, basuh bra asing dengan baju-baju yang lain dan jangan pakai bra yang sama berulang kali walaupun korang dah air dry ia setiap kali guna.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

23 Juta Followers, Ini Benda Menarik Dekat IG Lisa BLACKPINK!

Ikut Steps Ini Kalau Muka Mula Breakout!