in ,

Fakta Disebalik Produk Timbang Kilo Yang Mungkin Kita Tak Tahu

Hari itu aku pakai satu produk ni tau, memang berkesan flawless sis.. Tapi masalahnya bila dah stop pakai habis naik jerawat satu muka!

Produk krim kilo dijual merata tempat sama ada kedai atau di dalam social media sekali pun. Ramai mengaku pernah pakai produk timbang kilo dan tak dinafikan memang kulit jadi flawless macam kulit telur ya tapi bila dah tak pakai maka naik la jerawat seperti kawah bulan…

Untuk pengetahuan korang, produk timbang kilo ialah produk kecantikan yang dihasilkan dalam kandungan yang banyak serta menggunakan formula yang sama tetapi hanya dibezakan dengan tambahan bahan lain berserta packaging dari syarikat yang berlainan sahaja. At the same time kalau korang perasan produk timbang kilo ni semuanya akan claim produk mereka mampu untuk mencerahkan kulit serta mengurangkan parut jerawat. Sebab itu la banyak produk kecantikan berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk yang mampu mencerahkan kulit wajah sebab rakyat Malaysia semuanya berfikiran bahawa putih itu cantik walaupun hakikatnya penggunaan produk kecantikan ini memudaratkan kesihatan dan kulit wajah kita.

Produk timbang kilo ini juga merupakan krim kosmetik yang dibeli oleh peniaga secara pukal dari kilang-kilang OEM dari negara jiran seperti dekat China atau Thailand. Produk tersebut juga tidak perlu melalui sebarang proses kajian dari pihak kilang yang betul. Seperti yang dinyatakan tadi produk timbang kilo akan dijenama semula (rebranding) serta melalui proses penjenamaan semula (repackaging) sebelum dipasarkan semula oleh syarikat yang tertentu.

Nota : OEM ialah Original Equipment Manufacturer yang mana ia akan dibeli semula oleh pengeluar dan dijual semula kepada pengguna iaitu kita sendiri.

Bagi menghasilkan produk timbang kilo, ada beberapa bahan kimia perlu dimasukkan sekali semasa proses pembuatan. Antara bahan kimia itu islah Merkuri, Tretinoin dan juga Hydroquinone.

Merkuri –  Merkuri ini la bahan utama yang akan membuatkan kulit muka kita menjadi putih. Ia akan diletakkan di dalam produk seperti sabun dan juga krim yang mana ia berfungsi untuk membuatkan tona kulit menjadi lebih cerah. Hakikatnya merkuri ini akan menghakis kulit muka kita dari dalam serta membuatkan kita mendapat penyakit seperti kerosakan buah pinggang.

Tretinoin – Digunakan sebagai bahan campuran bagi merawat kulit iaitu serta menghilangkan jerawat pada permukaan kulit badan serta wajah. Tapi ia tidak boleh digunakan secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kulit menjadi kemerahan, pedih, mengelupas serta terlalu sensitif terhadap cahaya matahari.

Hydroquinone – Bagi mencegah pigmentasi terhadap kulit, bahan kimia hydroquinone akan digunakan tetapi kesan bahan ini ialah kulit muka akan mudah untuk sunburn, menipiskan kulit, kulit menjadi kering serta mengganggu sistem pernafasan kita.

Macam mana agaknya nak tahu sama ada produk tersebut merupakan produk timbang kilo? Teruskan baca artikel Ainaa ni okay untuk maklumat lanjut…

  • Warna krim terlalu pekat dan bersinar
  • Tiada sebarang pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta sebarang bukti hasil daripada ujian makmal.
  • Tekstur terlalu melekit serta tidak rata
  • Kulit menjadi pedih, gatal dan kemerahan ketika memakai
  • Bau seperti logam atau terlalu wangi seperti minyak wangi bertujuan untuk menyembunyikan bau logam yang ada di dalam produk tersebut
  • Kulit mudah sunburn
  • Kulit menjadi terlalu pucat, putih atau menjadi putih kelabu
  • Tidak dijual dekat farmasi atau drugstore
  • Berkesan dalam jangka masa selama hanya tiga hari serta perlu bergantung kepada produk tersebut bagi mengekalkan kesan yang baik
  • Tidak tertulis kandungan bahan yang digunakan serta alamat kilang.
  • Banyak testimoni yang seakan-akan direka bagi menarik perhatian pembeli.

Seram tak effect bahan-bahan kimia ini semua? Adakah korang masih nak gunakan lagi produk timbang kilo ini sebagai produk kecantikan korang? Kalau ada yang masih menggunakannya lagi, better korang berhenti sekarang kalau taknak apa-apa kesan buruk terjadi dalam jangka masa yang akan datang. Ramai dah complain tentang side effect produk timbang kilo ini yang mana sememangnya membuatkan kulit muka kita jadi bertambah bermasalah sekiranya kita berhenti pakai produk tersebut.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sifat Rare Yang Bakal Buat Orang Suka Dengan Kita

4 Orang YouTuber Yang Sering Ada Content Luar Biasa