in , ,

Fakta Dan Mitos Smartphone Korang Kena Tahu

Sumber gambar: kumparan.com

Zaman sekarang hampir semua yang berkemampuan ada telefon sendiri. Bukan setakat itu sahaja, malah setiap kali nak beli smartphone ada yang rambang mata dan tak tahu nak beli yang mana satu terbaik untuk korang gunakan dan apa keistimewaan smartphone yang korang bakal beli, betul tak? Ada orang yang suka kamera nampak cantik, ada orang suka yang smartphone paling selesa untuk bermain game dan sebagainya. Akan tetapi, semua itu pun tergantung pada si pengguna sama ada reti jaga atau tidak untuk smartphone itu tahan lebih lama. Jadi, untuk korang pengguna smartphone, ini adalah beberapa fakta dan mitos smartphone yang korang kena tahu.

0%, BARU CHARGE

Sumber gambar: ph android

Ada di antara kita yang fikir, untuk kekalkan bateri dalam keadaan baik. Sebaiknya cas bateri sewaktu bateri dah 0%. Sebenarnya, kalau korang kerap melakukan hal itu, ia akan menjejaskan kestabilan bateri smartphone korang tau. Seeloknya, korang cas sahaja bila dah dapat notifikasi yang bateri korang sudah rendah. Itu adalah waktu yang paling sesuai untuk korang cas telefon.

BUANG TAB JIMAT BATERI

Sumber gambar: gadget hacks

Sebelum ini, mesti ada kawan korang yang pernah cakap. Kena kerap kosongkan atau clear setiap tab aplikasi yang korang dah buka bagi menjimatkan penggunaan bateri. Sebenarnya, kalau korang nak tahu setiap kali korang dah keluar dari aplikasi yang dah dibuka itu, secara automatik kadar penggunaan aplikasi itu akan berhenti jika korang keluar dari tab. Jadi, ia bukanlah masalah besar dan ada kena mengena dengan bateri.

MEGAPIXEL CAMERA

Sumber gambar: the verge

Mesti ada beberapa orang dari kita yang selalu ingat, jika lebih tinggi megapixel kamera, maka semakin bagus hasil gambar yang akan terpapar. Sebenarnya, kalau korang nak tahu yang menentukan sama ada bagus atau tidak kamera smartphone korang itu bukanlah dari megapixel kamera tetapi kualiti sensor kamera korang, lensa, setting kamera korang dan lain-lain. Bukan setakat itu sahaja, malah ia juga tergantung kepada sisi kamera dan banyak lagi.

NEW PHONE WAKTU BARU LAUNCH

Sumber gambar: uber gizmo

Ada yang berpendapat, kalau korang nak tukar smartphone korang yang lama itu. Sebaiknya, korang ganti sewaktu satu smartphone baru keluar launch. Sebenarnya, itu adalah mitos sahaja. Apa yang korang perlu buat adalah membuat perbandingan setiap smartphone itu, tidak kiralah sama ada ia baru keluar release atau pun yang lama sebab kadang-kadang ada juga smartphone yang model lama tetapi ia lebih baik dan bagus daripada yang latest. Malah, harganya pun jauh lebih murah.

BATERI TELEFON

Sumber gambar: computer world

Pernah dengar tak? Kalau korang cas telefon semalaman, bateri smartphone korang akan rosak? Untuk pengetahuan korang, bateri smartphone secara automatik akan mengecas jika bateri telefon telah penuh 100%. Jadi, korang tidak perlu risau dengan battery health korang atau bateri yang boleh mengembung dari dalam okay! Hehe!Β 

Jadi, bila korang dah tahu fakta sebenar tentang smartphone korang. Tak adalah nak risau sangat. Selain itu, smartphone korang pun akan lebih terjaga dengan lebih baik sebab kita semua dah tahu mitos tentangnya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis-Jenis Pemilik Phone Di Kalangan Remaja (Survey & Giveaway)

Kenapa Ramai Gigih Dress Up Demi β€˜Fake Picnic’ Photoshoot