in ,

Fake News Berleluasa? Jangan Mudah Percaya Please!

Sumber gambar: https://www.libertarianism.org/prototype/problem-fake-news

Fake news everywhere! Kalau dah nama pun fake news, mesti la cepat je tersebar sehinggakan ramai orang percaya bulat-bulat tanpa siasat. Korang mesti pernah dengar atau baca fake news dekat social media kan? Harini Ainaa akan bagitahu korang cara untuk kenal pasti fake news sekeliling kita! Artikel ni tak fake!

TAJUK TAK SAMA DENGAN ISI KANDUNGAN

via GIPHY

Headline story bukan main gempak, sekali isi story tu hambar je.. Bukan setakat hambar je but sometimes tajuk headline tu boleh mendatangkan fitnah ke atas orang lain. Sebab tu kalau nampak apa-apa article atau story berkaitan, baca dulu isi kandungan sebelum assume apa-apa atau sebarkan dekat orang lain. Hati-hati girls!

PERHATIKAN SUMBER

via GIPHY

Setiap article atau cerita mesti ada sumber yang asal. Sometimes sumber berita tu sendiri dah tunjuk yang ianya tak sahih dan rekaan semata-mata. That’s why setiap story yang korang baca, pastikan sumber tu sahih dan bukan setakat copy paste semata-mata. Kadang-kadang orang suka sebarkan fake news tanpa sumber dan perkara tu berlarutan tanpa dibendung.

ORANG SIBUK TAMBAH API

Kalau korang aware dengan isu baru-baru ni dekat Twitter, ada satu news tentang kononnya dua orang lelaki tengah berasmara dekat atas motor di tempat awam. News tu dapat perhatian ramai sampai masuk ke dalam portal berita tapi hakikatnya apa yang di tulis bukan la perkara sebenar yang terjadi. End up ‘subjek’ tu yang kena fitnah dan dapat malu walaupun ia hanya la fake news.Β Tak buat salah tapi sebabkan berita palsu, semua orang percaya bulat-bulat.

MASUK AKAL KE?

via GIPHY

As a human being, korang mesti boleh bezakan perkara yang betul dengan yang salah. In case berita yang korang baca tu tentang benda yang sangat tak masuk akal. Takkan korang still nak percaya dan sebarkan pada semua? Kaji dulu cara penulisan dan isi kandungan tu sendiri supaya orang lain tak terperdaya.

Bukan senang nak handle fake news ni, tapi kalau kita tak halang benda ni daripada terus berlarutan siapa lagi nak halang? Tak pasti jangan kongsi okay.. Kalau nak share sesuatu news atau artikel dekat media sosial, jangan lupa untuk check dulu tau!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebenar Scenes with LUNARIA

Cara Nak Kaki Licin Macam Telur Rebus!