in

Face App Jadi Trend, Ini Sebab Mufti Larang

Wehh cantiknya kau jadi perempuan! Muka lagi flawless daripada aku! Mana aci lelaki lagi cantik daripada perempuan.

Siapa ingat waktu tengah ramai gunakan applikasi Face App haritu? Bukan main cantik semua lelaki bila jadi perempuan. Muka ganas terus jadi jambu air bila pakai apps ni, maka ada juga yang tertipu ingatkan seseorang itu ialah seorang perempuan walhal sebenarnya dia lelaki! Mula la ada kaum perempuan yang insecure dengan diri mereka bila tengok lelaki lagi cantik daripada dia. Alamak terus turun menjunam self confident tu..

Sumber gambar: Twitter

Bukan hanya netizen je yang gunakan Face App ni, malah ramai juga selebriti tempatan yang β€˜tergoda’ dengan apps tersebut sebab nak tengok macam mana rupa mereka bila jadi perempuan. Sampaikan ada yang sanggup install apps tersebut demi kepuasan hati, end up lama-lama tak pakai pun apps tu dan akan uninstall semula.

Memandangkan ramai yang terpengaruh dengan apps tersebut, Mufti Wilayah Kuala Lumpur telah mengeluarkan kenyataan yang mana melarang kita melakukan perkara tersebut. Mana tidaknya, kita seakan-akan mengubah ciptaan Tuhan dengan cara menggunakan filter yang terdapat di dalam apps tersebut. Lelaki boleh jadi sangat cantik dengan memakaikan makeup, berambut panjang dan sebagainya. Perempuan pula boleh edit jadi muka lelaki, berjambang, bermisai dan sebagainya juga. Jadi disebabkan perkara tersebut seperti menggalakkan kita melakukan perkara tersebut, Mufti dengan pantas melarang kita berbuat demikian.

Sumber gambar: Sinar Harian

Dibawah ini merupakan penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan larangan penggunaan apps tersebut:

  • Mengubah foto wajah menggunakan aplikasi wajah (Face App) dan menyebarkannya adalah dilarang.
  • Penggunaan aplikasi Face App seolah menggalakkan mengubah ciptaan Allah walaupun bukan secara hakikat fizikal. Justeru itu, larangan tersebut bagi membendung kecenderungan perbuatan mengubah ciptaan Allah secara hakikat berdasarkan kaedah sadd al-zariah (menutup pintu kerosakan).
  • Fungsi aplikasi tersebut yang boleh menukar foto wajah kepada berlainan jantina boleh mengelirukan identiti sebenar. Bahkan foto gambar tersebut mengaibkan diri sendiri sekaligus boleh menjatuhkan maruah.
  • Adapun mengubah kepada wajah tua mahupun muda turut dilarang kerana mempunyai unsur penipuan terhadap fitrah kejadian asal, serta memperdayakan manusia terhadap wajah yang tidak menunjukkan keaslian.
  • Bahkan meramal wajah tua adalah perkara yang tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana manusia tidak dapat mengetahui kejadian pada masa akan datang.

Meskipun niat kita hanya la untuk bergurau tetapi ia tetap salah juga. Kalau korang dah pernah main apps ni, tak mengapa hanya uninstall sahaja. Kadang-kadang kita terlampau mahu ikut trend sehingga ketepikan isu halal atau haram. Sebagai manusia kita mesti pernah buat kesilapan dan anggapla kesilapan yang kita lakukan itu sebagai proses pembelajaran untuk kita lebih matang pada masa hadapan.

Sumber gambar: Instagram Ismail Izzani

Kalau korang perasan dekat social media pun ramai je yang share gambar mereka dengan apps tersebut. AdaΒ  ramai lelaki yang memang nampak cantik sangat sehingga mengundang mudarat kepada dirinya. Mudarat yang mereka dapat ialah apabila kena mengorat dengan jantina yang sama. Ha, tak ke terkejut korang yang lelaki ni kena mengorat dengan lelaki sebab pakai gambar edit daripada Face App? Buat kena gelak je nanti…

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Glow Up Diri Sebelum Masuk Sekolah

Tips Masuk Sekolah Semula Setelah β€˜Cuti Lama’