in ,

Eyka Farhana Muncul Dalam Drama Pretty Little Liars

Sumber gambar: Pinterest.com

Alissa dibunuh atau dia hanya merancang untuk membalas dendam terhadap keempat-empat sahabat baik dia? Urghh complicated!

Siapa pernah tengok series Pretty Little Liars versi English punya? Actually drama itu merupakan genre thriller yang berasal dari negara Barat dan mula ditayangkan sekitar tahun 2010 yang lepas which is dah 10 tahun la drama tu. Even Ainaa tak pernah tengok drama ni tapi Ainaa pernah la main game ni dulu.

Daftar Pemain Pretty Little Liars Indonesia VIU Terlengkap (2020)
Sumber gambar: Tentangsinopsis

Rasanya apps game tu masih lagi ada sehingga kini which is apps Episodes. Dekat dalam apps tu kita akan diberi pilihan jawapan sama ada nak pilih A, B atau C. Setiap pilihan jawapan mewakili pemilihan situasi yang kita mahu ia terjadi. Salah satu episode drama yang ada dekat dalam game tu ialah Pretty Little Liars. Tak sangka daripada drama boleh diadaptasi menjadi game dan kini sekali lagi diadaptasi kepada versi Indonesia.

Untuk pengetahuan korang, kali ni ada drama baru Pretty Little Liars versi Bahasa Indonesia. Apa yang lebih menariknya ialah salah seorang pelakon dari Malaysia turut membintangi drama tersebut iaitu Eyka Farhana! Sebelum ni nama Eyka Farhana atau nama sebenarnya Atiqa Farhana Sarmizi masih lagi disebut-sebut melalui drama Budak Tebing yang dilakonkannya baru-baru ini. Kali ni, Eyka Farhana muncul lagi bersama karya terbarunya.

Pretty Little Liars Indonesian Remake: Cast, News, Interview
Sumber gambar: Cosmo

Drama adaptasi Pretty Little Liars versi Asia ini sudah pun ditayangkan khas menerusi VIO Original. Lebih menarik lagi ia juga ditayangkan di 17 buah negara lain secara serentak. Antara pelakon utama lain yang membintangi drama ini ialah Yuki Kato, Anya Geraldine, Valerie Thomas, Shindy Huang dan Eyka sendiri.

Drama tersebut telah menjalani pengambaran di sekitar Bali pada tahun lalu. Kalau korang perasan waktu tu Eyka memang banyak post gambar dia ‘bercuti’ ke sana tanpa memberi apa-apa hint bahawa sebenarnya dia sedang menjalani pengambaran untuk drama tersebut. Bukan sahaja Eyka yang tak ‘bocor rahsia’, tetapi semua pelakon juga berbuat demikian. Pandai mereka ni sorok ya tak mahu orang tahu terlalu awal tentang projek drama tersebut.

View this post on Instagram

Girls talk ⛔️

A post shared by Atiqa farhana Sarmizi (@eykafarhana) on

Eyka sentiasa menantikan peluang untuk berkolaborasi dengan pelbagai produksi, baik dari Malaysia ataupun dari negara seberang seperti Indonesia dan Singapura. Pretty Little Liars cukup dikenali daripada versi originalnya dari negara Barat, jadi Eyka mencabar kreativiti sendiri bagi memainkan karakter Emma.

Pengambaran yang dilakukan di sekitar Bali itu memakan masa selama 41 hari! Woww, boleh tahan lama juga ya, sebulan lebih juga jadinya dekat sana. Maklum la, drama tersebut merupakan versi Bahasa Indonesia, so no wonder la pengambaran harus dilakukan dekat Indonesia. Bagi Eyka, berlakon bersama empat orang pelakon utama dari Indonesia itu membuatkan dia sangat selesa dan langsung tiada rasa awkward walaupun itu merupakan pengalaman pertama mereka berkerjasama.

For those yang tak tahu tentang drama Pretty Little Liars, drama ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar mahasiswi yang tiba-tiba kehilangan ketua mereka iaitu Alissa (Yuki Kato) secara misteri. Pada mulanya mereka sedang mengadakan party akhir tahun bersama-sama di sebuah villa. Tanpa sedar Alissa telah hilang tanpa khabar berita sehingga melibatkan pihak polis. Rupa-rupanya Alissa ditemui mati tetapi pihak polis menyifatkan kematian itu sebagai satu misteri dan boleh dikatakan sebagai kes pembunuhan.

Setahun kemudian mereka berempat telah menerima satu mesej daripada pengirim yang bernama A dan mereka kembali bersatu untuk mengetahui siapa sebenarnya pemilik bernama A itu. Si A mula mengugut mereka dengan cara mendedahkan rahsia gelap mereka satu persatu. Walaupun dalam misi menyelesaikan misteri tetapi mereka berempat tetap perlu berhati-hati untuk sebarang kemungkinan.

Dengan rumusan drama ni pun dah buat tertanya-tanya siapa sebenarnya Si A tu kan! Ainaa pun tak habis main game dekat apps Episode tu, so tak tahu macam mana Alissa boleh mati dan siapa sebenarnya Si A itu. Korang boleh saksikan drama Pretty Litttle Liars ni dekat applikasi Viu mulai sekarang sebab drama ini hanya mempunyai 10 episode sahaja. Nanti share sikit apa pendapat korang tentang drama ni okay!

What do you think?

-16 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rahsia Nak Nampak Cantik Dalam Video TikTok

Jenis Darah VS Personaliti, Betul Ke Faktanya?