in ,

Cara Nak Tahu Makeup Dah Expired! 😷

Sumber gambar: http://freckledelle.blogspot.com/2013/10/decluttering-my-makeup-basket.html

Excited sangat dengan macam-macam sale yang ada dekat drugstore, sampai tak perasan rupanya terbeli skincare and makeup yang dah expired!

Sakit hati betul kalau terbeli barang expired ni! Hmm tapi tak boleh la nak salahkan kedai tu sendiri kalau kita tak check elok-elok kan? Since sekarang tengah musim sale skincare and makeup, Ainaa akan share dekat korang a few things yang kita kurang jelas tentang makeup, termasuk expired date!

EXP (Expiry date)

Sumber gambar: https://www.peachandlily.com/blogs/news/57069125-k-beauty-guide-expiration-date-versus-manufacturing-date
Sumber gambar: https://www.womenshealthmag.com/food/a19920052/food-expiration-dates/

Bukan main lupa diri bila ada sale, try shades itu ini tapi expired date lupa pula nak tengok. Perhatikan dekat packaging product tu, mesti ada sticker kecil yang ada tulis tarikh luput. Biasanya sticker tu terletak dekat bahagian bawah product which is dekat ‘bontot’ atau tapak bekas product tu sendiri. Kalau lagi 3 bulan nak expired, tak payah beli la sebab nanti tak ada effect pun pada muka.

 

MFG (Manufacturing date/ production date)

Sumber gambar: http://blackbox.sg/classic/article/When_Do_My_Beauty_Products_Expire

MFG ni bermaksud tarikh product tu dihasilkan. Still dekat dalam sticker yang sama dekat product tu. Kalau product yang korang beli tu berasal dari Korea, cuba rujuk gambar dekat bawah ni. Tapi rasanya korang mesti faham sebab korang kan peminat drama Korea! Hehe!

PAO (Period After Opening)

Sumber gambar: https://vogueinfatuation.com/2015/05/27/did-you-know-makeup-expires/

POA ni pula bermaksud berapa lama tempoh product tu boleh bertahan lepas dibuka. Ia akan ditulis dekat bahagian ingredients bahan product tersebut. In case product yang korang beli tu tulis POA 6M, tapi dah nak expired lagi 3 bulan, better stop guna dah beli je yang baru. Cari yang expired date lama lagi dan tempoh POA yang lebih panjang. Sebab tu pentingnya check expired date.

Kalau product tu dah expired tapi korang still degil nak pakai lagi, ia takkan bagi kesan positive pun dekat kulit muka dan tak ada perubahan. Cuma takut kalau still pakai, nanti rosakkan kulit muka pula. Lepas ni share info ni dengan kawan-kawan yang lain okay girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

WhatsApp Akan Update Filter Baru!!

Life Hacks: Emergency Waktu Period