#Lunagirls pernah tak alami apa-apa masalah waktu nak buang air kecil? Sakit semasa buang air atau warna air kencing tu berubah-ubah? Uh-uh.. Pastikan korang bagitahu pada parents dan pergi check dengan pakar kalau warna air kencing tak tetap setiap kali ke toilet.. sebab warna air kencing menunjukkan kesihatan kita tau.. seperti warna..
KUNING PEKAT

Oh no! Kalau air kencing korang warna kuning pekat ia bermaksud #Lunagirls kurang air dalam badan..Make sure minum air at least 2.5 litres sehari supaya badan korang cukup air ya! Setiap 25 kg berat badan perlu minum sekurangnya 1 litre air.. Pastikan korang minum ikut kuantiti yang badan perlukan!
HIJAU

Kalau air kencing berwarna kehijauan, ia bermakna air kencing tersebut dah bercampur dengan bakteria! Bahaya girls.. jangan ambil mudah okay? Apabila ini berlaku, terus maklumkan kepada parents sebab risau ada penyakit genetik yang jarang berlaku..
KUNING TERANG

Biasanya kalau air kencing warna kuning ni, mesti sebab korang tengah consume vitamin B2 atau apa-apa supplement. Kalau pengambilan vitamin atau supplement berlebihan, ia akan keluar dalam bentuk air kencing. So, jangan risau ya girls.
KUNING PUCAT

Air kencing yang sihat mengandungi sebanyak 96% air dan yang lebihnya tu ialah sisa bahan buangan dalam badan. Maksudnya badan korang dalam keadaan yang sihat dan air kencing pun tak alami apa-apa jangkitan!
MERAH/ PINK

Air kencing #Lunagirls ada warna darah? Girls, better jumpa doktor sebab tu tandanya ada infection dekat saluran kencing dan kemungkinan penyakit lain seperti tumor atau masalah buah pinggang! It’s okay girls, jangan takut untuk share masalah ini!
But girls, no worries sebab air kencing korang akan berubah mengikut apa yang di makan atau minum. Tapi kalau rasa tak selesa dengan warna air kencing tu, better jumpa doktor untuk dapatkan rawatan lanjut!
Comments
0 comments