in ,

Eww! Ada Ke Orang Nak Share Panties?

Sumber gambar: Healthline

Pergi travel tapi lupa bawa towel and sikat rambut… Hmm takpelah, kita pinjam kakak punya je kot…….

Haip girls! Jangan pinjam barang-barang peribadi dekat orang lain please! Walaupun barangan tu kepunyaan adik beradik atau sepupu rapat korang! Sebab apa? Bacteria boleh merebak melalui barang-barang yang kita pakai tau.. lagi-lagi kalau barang yang korang pinjam tu barang peribadi seperti..

BERUS GIGI

via GIPHY

Rule number 1, jangan sesekali pakai berus gigi orang lain okay girls! OMG korang nak tahu tak, ada beribu bacteria dekat berus gigi tu! Eww… Korang mungkin boleh terkena infection kalau guna berus gigi orang lain tau.. Kalau pergi holiday terlupa bawa, beli je baru dekat kedai runcit okay?

SHAVER

via GIPHY

Bila kita guna shaver, pisau cukur tu akan terkena dekat pori-pori kulit and sometimes akan terluka sedikit walaupun kita sendiri tak perasan. Andai kata owner shaver tu ada penyakit kulit atau korang sendiri sensitive, bacteria virus akan merebak dekat korang! Haa, nanti naik gatal-gatal area tak sepatutnya macam mana?

PANTIES

via GIPHY

Ada #Lunagirls pernah pinjam panties orang lain? Big no girls! Sebab kita tak tahu tahap kebersihan panties tu, mana tahu kot ada sisa keputihan ke? Alamak gelinya… kalau terlupa nak bawa panties atau ada emergency, korang boleh beli panties pakai buang dekat farmasi dan drug store je okay?

TUALA

via GIPHY

Kalau pergi travel dengan family mesti rasa malas nak bawa towel sebab boleh share dengan mak atau kakak.. Tapi sebenarnya korang kena bawa tuala sendiri tau! Sebab dekat tuala yang lembab ada banyak bakteria yang senang membiak! Ala.. nak senang bawa tuala nipis je girls, tak ada la berat beg nanti! Hehe!

Ingat tau girls, jangan sesekali share barang peribadi dengan orang lain walaupun mereka ahli keluarga kita sendiri! Bakteria kita tak boleh nampak dengan mata kasar tau.. So kita lebih berjaga-jaga okay.. Take care okay girls!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ada Kulit Limau? Jangan Buang Please!

Rambut Tocang? Ikat Satu? Potong Botak Jelah..