in ,

Eunsu Sedih MYTEEN Disbands!

Sumber gambar: Pinterest JRODA 4K-DREAM

Berita sedih untuk Youth (You”th)! Selepas dua tahun bersama, kumpulan MYTEEN akhirnya telah mengumumkan pembubaran kumpulan mereka! Patutlah tahun ini MYTEEN tak aktif langsung. Ramai Youth (You”th) kecewa dengan berita ini.. Walaupun MYTEEN baru dua tahun dalam industri K-Pop tapi fandom mereka tetap power!

Sumber gambar

Untuk yang baru mengenali MYTEEN, ahli kumpulannya terdiri daripada Chunjin, Eunsu, Kim Kookheon, Shin Junseop, Song Yuvin dan Hanseul, dan diketuai oleh oppa handsome Eunsu. Untuk pengetahuan korang, seorang ahli kumpulan MYTEEN iaitu Lee Taevin telah bawa diri keluar dari kumpualn tersebut tahun lalu.

Berita pembubaran ini diumumkan sendiri oleh ketua kumpulan MYTEEN, Eunsu menerusi Instagram miliknya apabila dia mengakui sangat berduka dengan kisah MYTEEN. Eunsu akui dia terpaksa mengambil masa agak lama untuk tulis dan share berita ini kepada public.

Sumber gambar

Walau bagaimanapun Eunsu kata agensi Music Work telah banyak mengajarnya sejak dia menyertai mereka. Sepanjang mereka bersama, MYTEEN telah bekerjasama dengan ramai K-Idol hebat  yang lain dan sanggup lakukan apa saja demi merealisasikan impian mereka. Eunsu sangat hargai masa, kenangan dan dugaan yang berjaya mereka lalui dari hari pertama mereka sekumpulan.

Tanpa sokongan peminat, MYTEEN mungkin kalah lebih awal daripada sekarang. Kepada MYTEEN, semangat Youth (You“th) untuk setiap persembahan mereka amat mereka hargai dan telah buatkan MYTEEM lebih kuat!

Sumber gambar

Apa pun, kepada fandom MYTEEN, Youth (You”th), LUNARIA harap korang terus menyokong mereka dan simpan kenangan K-idol ini! Tak salah untuk terus menyokong kerjaya seni solo bias korang dalam MYTEEN. Mungkin bila masing-masing berjaya mereka mahu form the group back? Yay!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Koreografi K-Pop Sesuai Untuk Kurus!

Rahsia Tentang Bulu Vagina 🤐🌸