in ,

Emosi Sana! Emosi Sini! Emo Sangat Awak Ni..

Sumber gambar: https://bhsblueprint.org

Ada antara #Lunagirls yang senang bad mood walaupun bukan masa datang bulan? Sedih tanpa sebab contohnya adik termakan coklat kita pun terasa sedih macam tak dapat pergi konsert BTS.. No no girls! Kalau ada rasa macam itu, kemungkinan untuk kita alami depression atau pun kemurungan agak tinggi tau! Alamak! Bahayanya… Tapi jangan risau girls, Ummi akan kongsikan tanda-tanda depression sebagai langkah berjaga-jaga!

EMOSI TAK MENENTU

via GIPHY

Dalam stage ini kita akan rasa dua perasaan iaitu bila korang happy, korang akan terlampau happy tapi sedih yang teramat bila semua benda tak kena! Lebih lagi bila tengah berseorangan tiba-tiba korang boleh jadi terlampau sedih dengan tak tahu apa puncanya.. Haa, Ummi cadangkan supaya bila perkara ini pernah terjadi, #Lunagirls jangan duduk keseorangan dan haruslah sentiasa berteman. Apa kata korang order kek lepas tu ajak kawan-kawan lepak rumah sambil berborak and tengok movie or drama favorite korang? Macam-macam kek korang boleh pilih kat Eat Cake Today!

TIDUR LEBIH BAIK

via GIPHY

Bila tengah bad mood kita mesti akan rasa malas dan nak lepak je baring dalam bilik.. Bagi korang tidur lebih baik, walaupun family or girl squad korang dah plan macam-macam untuk keluar berjalan, tengok wayang, atau pergi karaoke! Sebenarnya girls, badan kita akan lagi lemah bila kita asyik tidur layankan bad mood tu tau! Apa kata lepas ni kalau bad mood je terus ajak kawan-kawan lepak mamak! Nak ke tak nak, lepak mamak!!

MENJAUH

via GIPHY

Hmm! Ini adalah satu tanda besar, di mana korang akan lebih suka duduk di dalam bilik bersendirian dan mula berjauhan dari orang sekeliling! Apa yang terjadi di luar sana, korang tidak lagi ambil kisah dah. Bila korang berkumpul pun, korang akan lebih suka berdiam dan scroll media social. Kalau #Lunagirls perasan yang korang sering buat macam tu, jom kita kuatkan semangat diri dan lebih buka diri untuk berada disekeliling orang lain!

PERUBAHAN DIRI

via GIPHY

Ada yang tegur diri dah berubah? Oh no girls! Itu salah satu tanda kita makin jauh! Walaupun pada kita terasa sedih atau bad mood nampak mudah, tapi jika ia berlarutan akan mengakibatkan kesan yang lebih teruk! Mungkin korang rasa diri korang normal tapi tidak lagi bagi orang luar sana. Lagi-lagi kalau family dan BFF yang tegur. So better watch out!

BERAT BADAN BERUBAH

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak tahu, mood diri pun boleh beri kesan pada pola pemakanan kita tau! Ia boleh jadi sama ada akan lebih bertambah pemakanannya atau akan berkurang.. Ada orang bila dia bad mood atau sedih, badannya tidak terasa lapar dan lebih suka untuk tidur! Ingat girls, walau sedih macam mana pun, makan kena jaga okay!

Kalau perasaan sedih makin kuat dan sekiranya korang rasa salah satu tanda di atas cepatlah dapatkan rawatan! Kalau malu dengan ibu bapa mungkin boleh bercerita dengan cikgu, ataupun pakar kaunseling sekolah. Kami team LUNARIA dan Ummi sendiri pun sedia untuk tolong korang okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis Manusia Pelik Dibulan Ramadan

Lepas 23 Tahun, Tamagotchi Go Buat Kemunculan Baru!