in ,

Emoji Pun Boleh Jadi Haram Digunakan?

Sumber gambar: Lunaria,com.my

Seriously ada certain emoji tak boleh guna sebab ada unsur sensitive?! Then kenapa masukkan emoji tersebut dekat dalam phone?

Ya betul girls, memang ada a few emoji yang dikatakan agak sensitive sebab certain orang yang tak bertanggungjawab menggunakannya untuk meluahkan gambaran seksual masing-masing. Pelik tapi benar tau berita ni. Mesti korang tertanya-tanya emoji apa yang diperkatakan tu kan? Jom check it out…

EMOJI TERUNG, BUAH PIC DAN TITISAN AIR

Image result for emoji buah pic
Sumber gambar: makassar.tribunnews.com

Macam yang korang tahu, Facebook dan Instagram merupakan syarikat yang sama, so mereka decide untuk mengharamkan penggunaan emoji sayur terung, buah pic dengan titisan air. Macam tak logik je nak haramkan emoji itu?! Memang tak logik tapi hakikatnya ada individu yang menyalahgunakan emoji ini untuk tujuan seksual bagi melambangkan beberapa bahagian badan manusia. Agak mencabar untuk mention bahagian badan tersebut, tapi pandai-pandai korang fikir bahagian badan mana, huhu!

EMOJI WARNA KULIT MUKA

Image result for emoji warna kulit
Sumber gambar: tabloidbintang

Kenapa kena ada warna kulit muka dalam emoji phone? Daripada warna kulit paling gelap sampai warna terang benderang. Actually emoji ini menimbulkan rasa marah ramai pengguna sebab warna kulit kuning itu sangat tak logik sebab mana ada manusia warna kuning? Even Asian people pun setakat warna cerah biasa je, tak ada sampai kuning. Pengguna Twitter dan Weibo dekat China mengadu yang warna kuning pada emoji itu langsung tiada kaitan dengan orang Asia dan ia sangat bersifat perkauman.

EMOJI PERASAAN GEMUK

Image result for emoji feeling fat
Sumber gambar: 6abc.com

Siapa yang biasa main Facebook mesti korang nampak emoji ini dekat FB. Kalau dekat Facebook ia bertulis ‘feeling fat‘, seolah-olah seseorang itu merasakan dirinya gemuk. Benda ini jadi fenomena dalam kalangan pengguna Facebook.

Ada kumpulan wanita mengadakan kempen ‘Fat is not a feeling’ sebagai tanda protes terhadap penggunaan emoji tersebut.

Bagi mereka, emoji tersebut yang mempunyai dagu berlipat umpama menggalakan body shaming terhadap orang lain. Wowww, betul juga sebab sekarang tengah kempen mengelakkan body shaming. Bagus juga kempen yang mereka buat itu.

EMOJI LGBT

Related image
Sumber gambar: hollywoodreporter

Kalau korang perasan, ada dua emoji menunjukkan dua orang budak perempuan berpegangan tangan dan dua orang budak lelaki yang juga berpegangan tangan. Ada pihak yang mengatakan emoji ini melambangkan hubungan homoseksual atau hubungan sejenis yang dikenali sebagai LGBT. Ramai pengguna menentang emoji tersebut dan berharap agar pihak Apple untuk take down emoji tersebut sebab ia bagaikan menggalakkan hubungan sejenis. Tapi bagi pendapat kami sendiri, emoji itu tak mendatangkan apa-apa perkara negative. Hanyalah menunjukkan sahabat baik berpegangan tangan. Mungkin ada yang melihatnya dari perspektif berbeza.

Agak-agak apa pendapat korang tentang perkara ini? Atau pun sebenarnya tak mendatangkan kesan apa-apa pun dengan penggunaan emoji tersebut? Apa pun terpulang pada korang nak guna emoji apa dalam conversation, asalkan tak melebih dan jangan mendatangkan pergaduhan dengan orang lain. Jangan lupa untuk jaga adab sesama manusia walaupun kita berlainan bangsa dan agama.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Abang Kakak Tengah SPM, Apa Kita Boleh Buat?

Tidur Sebenarnya Boleh Buat Kita Cantik!