in ,

Elakkan Buat Perkara Ini Jika Perut Dah Kenyang

Sumber gambar: Pinterest.com

Aduhh kenyang betul perut ni. Apa nak makan lagi ya? Nak kena habiskan lauk ayam tu lagi la… Okay, sambung makan lagi la.

Ooopssss! Stop sis stop, jangan seronok sangat makan tu sampai tak ingat dunia nampaknya ya. Kita kan dinasihatkan untuk makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini segala macam makanan disumbatkan ke dalam perut, penuh la perut tu nanti.

Bila perut kenyang ni memang la hati pun akan jadi senang, tapi nanti satu kerja pun tak boleh nak dibuat kalau perut tu penuh sangat. Ada beberapa perkara kita dilarang untuk lakukan ketika perut kenyang. Kalau kita tak elakkan perkara ini, mungkin akan mengundang perkara yang tak diingini. Jom kita tengok.

MAKAN BUAH

via GIPHY

Bukan ke makan buah tu elok? Kenapa tak boleh makan buat waktu kenyang pula?

Ya, buah memang baik untuk kesihatan tapi cuba tengok semula. Korang selalu makan buah sebelum atau selepas makan makanan berat? Kita dah biasa makan buah selepas makan makanan berat. Tetapi sebenarnya cara sebenar untuk makan buat ialah sebelum kita makan makanan berat. Buah tidak sepatutnya menjadi dessert, tetapi ia harus menjadi makanan pembuka selera. Setiap makanan akan melalui peoses pencernaan dan buah sepatutnya dimakan terlebih dahulu supaya ia dicerna dengan lebih pantas. Sebaiknya buah dimakan satu atau dua jam sebelum makan makanan berat.

MEROKOK

Image about boy in *Alternative||Aesthetic* by π–˜π–ˆπ–†π–—π–‘π–Šπ–™
Sumber gambar: Weheartit

Korang mesti tak merokok kan? Bagi la ayah atau abang korang baca artikel ni kalau mereka pun salah seorang perokok di rumah korang tu. Kalau korang perasan, kaum lelaki mesti ‘wajib’ merokok selepas mereka makan. Tak dapat rokok lepas makan mesti akan jadi tak senang duduk dan rasa resah gelisah. Merokok ini bukan sahaja tak digalakkan untuk diambil selepas makan, tetapi setiap masa pun sebenarnya tak boleh. Sebaiknya berhenti la merokok demi kesihatan diri sendiri. Pesan pada mana-mana kaum lelaki yang korang kenal okay!

TIDUR

Sumber gambar: Pinterest

Dah kenyang, tidur je la apa lagi. Biasanya kalau perut dah kenyang memang rasa mengantuk! Tidur sekejap tak pe kot? Bukan tidur lama pun.

Sekali plan nak nap 10 minit je, sekali petang baru bangun! Tak pasal pasal kena bising dengan mak sebab tidur lama sangat. Sepatutnya kita hanya duduk berehat selepas makan, bukannya tidur. Tidur selepas makan sangat tidak digalakkan kerana makanan akan terbantut untuk menjalani proses penghadaman. Makanan juga perlu dicerna dengan segera selepas makan. Just imagine kalau lepas makan, korang terus tidur then confirm akan rasa tak selesa dan alami sakit perut.

MINUM TEH

tea aesthetic | Tumblr
Sumber gambar: Tumblr

Lepas makan mak mesti akan hidangkan air panas sebagai penutup. Tapi pesan pada mak korang supaya elakkan untuk hidang air teh selepas makan makanan berat. Ini adalah kerana daun teh bersifat sebagai asid yang mana boleh menjejaskan proses pencernaan kita. Waktu makan, macam-macam makanan korang dah ambil termasuk la makanan yang mengandungi protein. Bila daun teh yang bersifat asid bercampur dengan makanan yang mengandungi protein, ia akan mengganggu kandungan protein seterusnya menyukarkan proses pencernaan dalam perut.

MANDI

via GIPHY

Siapa yang ada tabiat suka mandi selepas makan? Korang rasa tak lengkap kalau lepas makan tak mandi walaupun badan tak berpeluh pun, hanya kerana dah biasa mandi je. Kalau ya, harapnya lepas ni dapat dikurangkan tabiat tu juga la. Bukan apa, sebenarnya ia bukan la satu tabiat yang baik untuk diri kita. Hal ini kerana ia akan mengganggu proses penghadaman makanan dalam perut. Kadar peredaran darah akan berkurangan ketika kita mandi. Bila dah jadi perkara tu, proses pencernaan pun tak berjalan dengan lancar la.

Tak dinafikan, tidur tu memang best lagi-lagi lepas perut kenyang. Nikmat tu lain macam betul kalau dapat tidur. Tapi jangan la sampai mengabaikan kesihatan diri kan? Kita biasakan betul, betulkan yang biasa ya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Must Do Sebelum Mula Makeup

Dah Boleh Keluar Waktu PKPB, Jangan Lupa Perkara Ini!