in ,

Elakkan Bergambar Buat Peace Sign Jarak Dekat

Sumber gambar: koreaboo.com

Zaman sekarang ramai suka bergambar, betul tak? Bila pergi mana-mana, ambil gambar adalah satu kewajipan yang semua orang akan buat sebab ia merupakan satu kenangan untuk disimpan bukan sahaja dalam album galeri pada telefon kita tetapi dalam posting di laman media sosial. Antara pose yang sering kita buat adalah pose peace sign ‘✌🏻’ sebab ia nampak lebih mudah dan comel.

Tapi korang tahu tak sebenarnya ianya amat bahaya jika korang bergambar poseΒ tersebut?

Sumber gambar: Netz ID

Selain itu, kalau korang nak tahu menurut penyelidik di Institut Teknologi Informatik Nasional (NII) Jepun sebenarnya mereka dah buat satu kajian dan mendapati bahawa cap jari kita ini boleh dicipta dan disalin dengan mudah hanya dari gambar yang diambil jarak tiga meter sahaja tanpa memerlukan teknologi yang terlampau canggih. Lebih lagi kalau kualiti gambar korang terang, jelas dan mudah untuk ditiru oleh mana-mana pihak. Woah! Nampak tak bahayanya yang terang lagi bersuluh itu.

Sumber gambar: Okezon

Pertikaian dalam keselamatan biometrik ini sebenarnya bukan kali pertama dah dibincangkan oleh ramai pakar teknologi masa kini. Jika kita tengok pada empat tahun lalu iaitu pada tahun 2015, penggodam biometrik terhebat iaitu Jan Krissler telah menggodam iris seorang ahli politik Jerman iaitu Angela Merkel hanya melalui gambar sahaja dan berjaya membuka kunci untuk ujian hack dia itu. Memang sangat wow!

Sumber gambar: TDNol

Sistem biometrik ini fungsinya sangat lain kalau kita nak bandingkan dengan kata laluan. Ini disebabkan biometrik memang tidak dapat diubah dengan mudah. Iyalah, ia dah wujud pada badan korang sejak lahir..Β Walau bagaimanapun, perkara ini yang menyebabkan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi orang ramai. Hmm, begitulah nampaknya. Semakin canggih, semakin banyaklah benda yang perlu dikorbankan betul tak?Β 

Sumber gambar: Amino

Oleh sebab itu, walaupun teknologi semakin canggih, semakin banyak jugalah perkara yang perlu korang sentiasa peka dan ambil tahu. Jangan sampai tidak ambil tahu langsung. Boleh jadi banyak sangat perkara yang memang korang tak ingini boleh jadi walaupun kita bukan orang yang terlalu terkenal seperti artis, ahli politik dan beberapa orang yang berkepentingan.

Sumber gambar: Amino

Akhir sekali, selepas ini rasanya korang elakkanlah untuk bergambar dan pose yang menampakkan jari korang, lebih lagi yang menampakkan cap jari itu. Bukan tak boleh ya! Boleh saja tapi kalau boleh jauhkan sedikit dari kamera korang itu lebih dari lima meter sebab iyalah kita perlu lebih berjaga-jaga, nanti mana tahu ada yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab. Sia-sia saja nanti kehidupan korang diganggu dan mungkin lebih teruk identiti korang diguna pakai oleh orang yang bukan-bukan. Ish! Minta dijauhkanlah ya!

Sumber gambar: Amino

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pelajar SPM Sambut Last Paper, Konvoi Berdiri Atas Kereta

Pengaruh Media Sosial Buat Girls Obses Nak Cantik?