in ,

Cara Elak Perut ‘Meletop’ Waktu Raya!

Sumber gambar: http://www.ezdiet.com.my/blog/tip-elak-gemuk-ketika-raya/

Musim raya ni, memang akan balun habis semua jenis makanan. Tak tau la nak balas dendam sebab tak makan sebulan ke apa, tapi kalau boleh semua jenis makanan nak makan. Sampai satu tahap perut tak boleh nak terima lagi makanan.. Waktu tu mula la sakit perut, pedih ulu hati dan macam-macam lagi…

MINUM SEBELUM MAKAN

via GIPHY

Sebelum aktifkan mood food fighter, korang kena mulakan dengan minum segelas air. Tips ni dapat mencernakan makanan dalam perut dengan mudah. Please alert, jangan makan bersulamkan minum. Sebab asid perut akan meyukarkan sistem pencernaan korang.

JANGAN GELOJOH KUNYAH MAKAN

via GIPHY

Tau la happy sebab jumpa lauk kegemaran korang.. Tapi jangan la sampai makan tak ingat orang belakang. Amboi! Sampai dekat pipi lekat kuah kacang, hihi..   Makan perlahan-lahan girls, baru la mudah makanan tu nak hadam.

ELAKKAN MINUM SODA

Sumber gambar: http://drgalland.com/pancreatic-cancer-linked-to-drinking-soda/

Musim raya ni, air yang biasakan dihidangkan kepada tetamu, air gas. Air yang senang, sebab tak perlu nak bancuh pun. Namun, girls kena hati-hati tau, sebab air gas ni boleh buat perut korang meragam. Nak minum tu boleh, tapi jangan banyak sampai bergelas-gelas, ya girls.

CUKA EPAL

Sumber gambar: https://thechalkboardmag.com/simplest-health-tip-ever-drink-apple-cider-vinegar

Sebelum pergi beraya, minum dulu air campuran cuka epal ni. Sebab ia  boleh menurunkan kadar gas dalam perut. So perut korang tak la senak kalau makan banyak. Caranya, campurkan dua sudu cuka epal dalam air kosong, kacau dan minum. Kalau nak campur dalam air teh pun boleh.

 Jangan biarkan perut tak selesa spoil kan mood raya korang. Selamat Hari Raya girls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pagi Raya Dah Berpeluh? Ikut Cara Ni…

Mood Raya Is Coming… Jangan Lupa Prepare Diri