in ,

Elak Pegang Atau Sentuh Benda Ini Untuk Cegah Jangkitan

Sumber gambar: Pinterest

Jangan pegang meja tu! Pergi basuh tangan cepat, nanti kena jangkitan!

Jangan pergi sana, dekat sana ada kes Covid-19 tinggi, bahaya!

Sana sini berita tentang virus Covid-19 sampaikan nak pergi mana-mana pun rasa tak selamat. Nak buat itu tak boleh, buat ini pun tak boleh. End up sekarang kita dah dapat arahan daripada Perdana Menteri Malaysia tentang perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa bermula 18 Mac ini sehingga 31 Mac.

At the same time, banyak aktiviti perlu ditangguhkan lebih-lebih lagi yang melibatkan perhimpunan melibatkan kehadiran ramai orang. Tapi bukan bermaksud kita perlu berkurung di dalam rumah. Masih lagi boleh menjalani aktiviti harian cuma dihadkan sahaja memandangkan sekolah pun ditutup dan cuti juga bertambah sehingga ke hujung bulan ini.

Antara langkah kebersihan yang boleh kita lakukan ialah sentiasa menjaga kebersihan diri, basuh tangan setiap masa. In case korang perlu keluar ke mana-mana, kalau boleh kurangkan pegang beberapa benda ini which is…

PEMEGANG ESCALATOR

Image result for nu sentral escalator
Sumber gambar: Coconuts

Daripada shopping mall dibuka, sampai ke malam hari.. Confirm dah banyak tangan yang pegang pemegang itu. Even ada masa akan dicuci oleh pekerja cleaner, tapi masih kotor lagi. Boleh dikatakan pemegang escalator itu mempunyai banyak bacteria yang kita sendiri tak sangka. Jadi untuk mengelakkan bacteria membiak di tangan korang, adalah lebih baik jangan pegang langsung. Kalau tak confident, pegang tangan kawan korang. Jangan pegang tangan orang depan pula, takut itu jodoh orang lain bukannya jodoh kita, opss!

DUIT

via GIPHY

Siapa je yang tak suka pegang duit? Bukan setakat pegang duit, tapi ada yang sampai suka sangat cium bau duit. Katanya bau duit wangi. Tapi dalam wangi-wangi itu sebenarnya duit adalah agen kuman paling besar yang kita tak nampak. Sebelum kita dapat duit, dah berapa ratus ribu orang yang dah pegang terlebih dahulu. Kita tak tahu maybe orang sebelum pegang duit lepas dia keluar dari tandas tanpa basuh tangan? Then bila sampai duit itu dekat korang, dah beribu bacteria yang terkumpul. Takkan nak letak hand sanitizer dekat duit untuk buang kuman? Tapi bukan bermaksud tak boleh langsung nak pegang duit, cuma kurangkan aktiviti memegang atau mengira duit sudah memadai.

FLUSH TOILET AWAM

via GIPHY

Dekat rumah boleh jadi kita selalu bersihkan, tapi kalau dekat toilet awam macam mana? Toilet dah memang penuh dengan bacteria, ditambah pula dengan ada orang yang flush toilet guna tangan yang kotor? Alamakk, semua tempat dalam toilet memang tak selamat nampaknya. Dinasihatkan kalau korang buang air besar atau air kecil dekat toilet awam, make sure jangan sentuh flush atau magkuk tandas direct guna tangan. At least lapik dulu tangan dengan tisu supaya korang tak rasa geli dan bacteria pun tak terus melekat dekat tangan korang. Lepas dah pam, basuh juga tangan sekali lagi dan jangan lupa gunakan sabun ya.

PLAYGROUND

Image result for klcc playground
Sumber gambar: Travelwithfriends

Mentang-mentang sekarang ini cuti sekolah ditambah sehingga hujung bulan, jangan pula korang bersuka ria. Nak jogging dekat taman tak ada masalah, cuma jangan pula ada yang pergi main playground ya. Even playground dekat tengah panas, tapi masih ada banyak lagi bacteria yang ‘tersembunyi’ dekat alat permainan itu. Elakkan bawa adik-adik korang ke situ. Kalau mereka nak juga main, buat aktiviti dekat rumah je. Tak perlu sampai keluar rumah sebab dekat dalam rumah pun kita masih lagi boleh bersuka ria tau.

At the same time, jangan lupa bersihkan juga phone korang. Tak perlu cuci guna sabun, cukup dengan cara lap menggunakan tisu basah anti bacteria. Iya, phone benda penting yang kita selalu guna setiap hari. Again, jaga diri okay semua! Jangan berada dikawasan yang dipenuhi dengan ramai orang. Stay clean and stay safe everybody!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lepas Dua Tahun, Lee Min Ho Kembali Berlakon

Pasangan Artis Korea Cinta Berputik Di Lokasi #CinLok