in ,

Ejen Ali Confused Nak Setia Atau Tidak..

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia ada seorang budak lelaki bernama Ali confused nak setia ke tidak dengan benda yang dah lama dia percaya. Hmm, Ali rasa seperti ia dikhianati oleh orang yang dia percaya? Hmm, kesian Ali. Ali mana ini? Dia ada viral dekat media sosial ke baru-baru ini? Korang tertanya-tanya siapa Ali yang Zoe maksudkan ini bukan? Hehe! Sebenarnya Zoe cakap tentang Ejen Ali The Movie! Untuk perminat kartun animasi ini mesti korang tak sabar bukan nak tonton filem pertama Ejen Ali betul tak? Okay meh Zoe kongsi sikit dengan awak semua sinopsis filem Ejen Ali The Movie.

Lunaria

Basically, Ejen Ali The Movie mengisahkan tentang Ali, seorang budak sekolah yang berusia 12 tahun yang dijadikan sebagai seorang perisik di agensi yang dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA). Tugas yang Ejen Ali perlu buat adalah untuk melindungi kota futuristik Cyberaya dari ancaman musuh luar. Nak dipanjangkan cerita, konflik dalam filem ini mula timbul bila Ali dapat tahu yang dia adalah bukan satu-satunya ejen yang boleh kawal gajet  (Infinity Retinal Intelligence System) IRIS.

Lunaria

Bukan setakat itu saja you-alls! Gajet IRIS siap diubah menjadi IRIS Neo, yang mana ejen lainnya tahu kecuali Ali seorang sahaja yang tak tahu. Oleh sebab Ali ini dia terasa left out, Ejen Ali macam mempersoalkan kedudukan dia pada pihak agensi MATA itu dan dari situ bermulalah pengembaraan Ejen Ali membongkar kebenaran dan nanti korang tahu bagaimana kesetiaan Ali terhadap pihak agensi MATA yang ambil dia sebagai ejen perisik.

Lunaria

Untuk pengetahuan semua, Ejen Ali The Movie akan ditayangkan serentak di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei pada 28 November ini. Woah! Hebat betul ya penangan Ejen Ali! Mesti ramai yang suka sangat cerita ini tak kira sama ada kanak-kanak atau pun yang dah besar. Apa yang paling best! Ini merupakan filem pertama siri animasi popular televisyen Ejen Ali yang sudah pun ada dua musim dan masih ada di kaca televisyen tempatan sehingga kini.

Lunaria

Ejen Ali juga adalah salah satu jenama animasi popular yang dah meraih lebih dari 2 juta penonton dan siap ada 1.4 juta subscribers di Youtube tau! Fuyyoh! Bukan setakat itu saja, Ejen Ali sebenarnya dah tembus banyak siaran televisyen lebih di 50 buah negara termasuk rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan banyak lagi negara di serantau Timur Tengah dan Afrika Utara! Woah! Bukan calang-calang ya Ejen Ali! Korang kena get ready untuk beli tiket tengok movie ini cuti sekolah nanti.. Kalau nak ajak Zoe pun boleh, kita PM set date tepi! 

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis Perfume Yang Korang Kena Tahu! No. 2 Fav Kami

Makanan Best Deepavali Yang Boleh Share Dengan Kawan