in ,

Eii! Nafas Awak Bau Telur Busuk!

Sumber Gambar: http://www.limaumadu.net

Pernah tak korang pergi sekolah tiba-tiba ada orang tegur “Eii, busuknya mulut awak.. tak gosok gigi ke?” Haa! Merah terus muka kalau kena macam tu.. padahal pagi tadi dah gosok gigi! Terus kita buat taktik, hembus nafas di telapak tangan dan bau! Hihi! Jadi untuk elak perkara ini berulang, jom LUNARIA bagitahu sebab mulut mudah berbau!

MULUT KERING

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak tahu, mulut kering adalah spot favorite dan sangat sempurna untuk pembiakan bakteria! Ia terjadi bila kita banyak bercakap.. Biasalah kalau jumpa kawan-kawan sebelum masuk gate sekolah dah mula berborak dan membawang (Ops!).. jadi untuk mengekalkan bau yang segar, kurangkan bercakap di pagi hari okay #Lunagirls!

MAKANAN

via GIPHY

Elok untuk korang breakfast dulu setiap kali sebelum pergi ke sekolah.. tetapi #Lunagirls perlu elak dari makanan yang mengandungi bawang putih dan merah okay? Sebab ia mengandungi sulfur berbau! Dan elakkan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.. Korang tak rasa ke setiap kali makan atau minum benda yang bergula mulut akan lebih senang kering?

PENJAGAAN GIGI

via GIPHY

Penjagaan gigi yang tidak konsisten boleh menyebabkan bakteria pada gigi dan gusi mudah membiak!Apabila gigi dan gusi tidak di jaga, ia akan menghasilkan plak ataupun kata mudahnya tahi gigi, dimana ia akan mengeras dan mula memusnahkan tisu gigi dan gusi. Haa, selepas ni pastikan gosok gigi dengan cara yang betul okay?

PENYAKIT

via GIPHY

Menurut kajian, kira-kira 10% daripada semua kes nafas berbau ni adalah disebabkan beberapa penyakit yang kronik! Ini kerana ia memberi kesan kepada saluran pernafasan dan mengakibatkan mulut kering sebab kurang pengeluaran air liur.. Kalau ia terjadi, make sure ajak parents untuk pergi dentist okay?

Kebersihan mulut sangat penting ya #Lunagirls! Nak ke dah pakai lawa-lawa, tiba-tiba orang tegur pasal mulut berbau… Ala! Dah tak cun kan? Jadi cuba untuk cari cara yang sesuai untuk korang dengan membaca tips-tips penjagaan mulut! Yang paling penting, jangan lupa minum air masak secukupnya ya #Lunagirls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Salah Tindik Telinga Boleh Bernanah!

Aduh! Sakitnya Buah Dada Saya!