in ,

Eii! Kenapa Kusut Sangat Ni

Sumber Gambar: https://reqomen.wordpress.com

Hello #Lunagirls! Siapa dekat sini berambut panjang dan mengalami masalah rambut senang kusut? Kita geng! Penatkan bela rambut panjang ni.. tapi suka rambut panjang! Eh! Jangan serabut ye, mari LUNARIA selesaikan masalah korang.

TEKNIK BASUH RAMBUT

Sumber Gambar: https://www.facetofeet.com

Masa cuci rambut kita mesti akan menggunakan jari kita untuk meratakan air keseluruh rambut, tapi #Lunagirls cara korang salah ye sebab ia membuatkan rambut kita menjadi semakin rapuh dan mudah gugur. Sebaiknya korang gunakan teknik dengan meramas rambut, itu dah memadai.

JANGAN SIKAT RAMBUT

Sumber Gambar: https://www.idntimes.com

Please don’t do this, time rambut tengah basah ye #Lunagirls, memanglah nampak kemas tapi sewaktu rambut basah dan selepas cuci, liang rambut korang terbuka dan menyebabkan ia mudah terputus dari akarnya. Jadi baik biarkan hingga rambut korang betul-betul kering.

PAKAI SERUM

Sumber Gambar: https://www.nutrafol.com

Selain membasuh rambut menggunakan syampu dan conditioner, korang juga perlu menggunakan serum untuk menyihatkan lagi rambut dan mengekalkan kelembapan agar tidak kering dan menggerbang.

SIKAT SEBELUM TIDUR  

Sumber Gambar: https://www.glamourmagazine.co.uk

Siapa dekat sini sebelum tidur suka tengok cermin, ha! sambil tengok cermin tu sikatlah rambut korang dengan perlahan. Untuk lebih berkesan, korang urut jugalah kulit kepala korang bagi melancarkan peredaran darah di kawasan kepala dan kulit kepala. Buat dua kali sehari je, tak susahkan?

BUANG BAHAGIAN ROSAK

Sumber Gambar: https://www.hijabista.com.my

Selalu tersekat dihujung rambutkan, itu menandakan rambut korang memang kering dan memang rosak. Jalan penyelesaiannya gunting atau trim sahaja, nak lagi mudah potong sahaja pendek sebab rambut baru lebih sihat.

Kalau korang ikut tips LUNARIA ni pasti rambut korang takkan kusut lagi, tak percaya cuba lepastu bagilah feedback dekat LUNARIA. Rambut ni adalah mahkota terindah bagi perempuan, kalau tak jaga habislah serabut kusut masai kita ni.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rimas Orang Suka Intai Chat, Time For PRIVACY!

#LunaExplores: Main Game Hantu Sampai Ada Dengar Baby Menangis!