in ,

Ehemm, Ni Idea Port Lepak Study Lepas Kelas…

Sumber gambar: Raider Weekly

Sumber gambar: https://www.washingtonpost.com/lifestyle/2019/04/15/many-students-dont-know-how-study-heres-how-parents-can-help/?noredirect=on
Sumber gambar: Rileklah.com

Hmmm dekat social media sekarang ramai marah kalau student study dekat restoran fast food sebab ganggu orang lain nak makan and tak ada tempat untuk diorang. So kita nak study dekat mana ni girls? LUNARIA ada port best untuk korang study dengan kawan-kawan tanpa kena marah dengan sesiapa. Nak tahu dekat mana?…

LIBRARY AWAM

via GIPHY

Nak study dekat library sekolah macam dah bosan sebab confirm tak study sebab nanti ramai kawan-kawan kacau sekali. Apa kata lepas habis kelas tu korang cari library awam yang terdekat. Dekat situ lagi selesa sebab lebih privacy, tak ada orang yang akan kacau korang. Lagi pun dekat public library, korang boleh access internet kalau nak cari bahan tambahan untuk study.

KEDAI BUKU

Sumber gambar: Says.com

Kalau korang duduk dekat area Lembah Klang, tak susah pun nak cari kedai buku yang ada buat perkhidmatan ‘mini library’ untuk korang study. Kebanyakan kedai buku yang ada mini library tu mesti akan sediakan tempat untuk orang awam lepak or study dengan tenang. Lagi best kalau kedai tu ada cafe and boleh la sambil study ramai-ramai, kita minum coffee. Hehe!

TAMAN

via GIPHY

Korang mesti ada port favorite dekat taman kan. Lagi best kalau dekat tempat favorite korang tu ada kerusi dan meja, senang nak study sama-sama nanti. Dekat taman ni kita akan rasa lebih tenang sambil dengar kicauan burung, udara pun segar tau girls. Alang-alang dah study dekat taman tu, jangan lupa bawa jajan sikit.

RUMAH

via GIPHY

Kata orang study dekat rumah lagi best sebab lebih selesa. Why not ajak kawan-kawan study dekat rumah korang or buat jadual ulangan selang seli study ikut giliran rumah masing-masing. Dengan cara ni, semua orang mesti rasa selesa sebab tak perlu nak jalan jauh or berpanas.

#Lunagirls ada port study group sendiri tak? Jom la share sikit dengan LUNARIA. Maybe port study korang tu sama dengan orang lain? Boleh la study sama-sama. Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Kisah Tentang Blackhead & Whitehead…

Caklempong ASiS Akan Ke Hong Kong!