in , ,

Eh Eh Crush Bagi Bunga Kuning Lah!

Sumber gambar: https://coriandergirl.com/
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Siapa setuju kalau Ainaa kata yang girls ni sangat sinonim dengan bunga? Mesti best kan kalau ada orang bagi bunga dekat kita, confirm senyum sampai ke telinga. Hehe! Ehemm, korang pernah dapat bunga daripada boyfriend atau crush korang? Tapi mesti korang tak tahu kan different color ada maksud yang berlainan. Mana tahu ada yang nak bagi crush korang bunga kan, tapi nak beli yang warna apa? Haa! Jom check it out~

MERAH

via GIPHY

Ehemm… Untung la kalau siapa yang dapat bunga ros warna merah ni… Merah maksudnya cinta yang ikhlas dan berani menempuh halangan. Tapi yang paling penting warna merah ialah simbolik for ‘I LOVE YOU‘. Kalau tak bagi boyfriend, bagi kat mak pun boleh sebab kat mak pun kita sayang!

KUNING

via GIPHY

Oooppsss #Friendzone detected! Kalau tiba-tiba dapat bunga warna kuning tu, dia hanya nak berkawan je dengan kita since kuning bermaksud persahabatan, kegembiraan dan kebebasan. Mana tahu mula-mula dapat warna kuning, nanti dapat warna merah pula ke #eh

PUTIH

Sumber gambar: https://www.rosesandsmiles.com

Putih ni sinonim dengan kesucian.. Biasanya bunga warna putih untuk orang yang nak kahwin je. OMG! Jangan cakap boyfriend korang nak ajak kahwin pula, underage lagi ya sis! Haha! Selain kesucian, putih juga bermaksud keikhlasan.

UNGU

Sumber gambar: LoveThisPic

Ada ke boy bagi bunga ros warna ungu dekat korang? Alaa, macam dalam scene romantic movie pulak! Kalau ada, maksudnya si dia jatuh cinta dekat korang waktu pertama kali bertentangan mata. Alamak, sweet betul! Bestnya kalau ada orang suka kita!

Tapi, tak semua orang akan interpret maksud bunga ikut warna ni tau! So, jangan put your hopes high sangat bila terima bunga ok, girls? Tak pun, beli je bunga untuk diri sendiri hehe!

 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pakai Make Up, Tumbuh Jerawat #MITOS

Yeayyy! Tahniah Dapat Tengok Konsert BTS Di Bangkok!