in ,

Eh Artis Ni Senior Dekat Sekolah Rupanya…

Sumber gambar: http://mb.erabaru.com.my/2018/01/02/pakaian-seragam-sekolah-dari-15-buah-negara-yang-berbeza-menarik-dan-unik/

Hai #Lunagirls, korang nak tahu tak siapa artis yang satu sekolah dengan korang or your ex senior? Mesti bangga kan kalau dapat tahu yang kita pernah satu sekolah dengan artis. Jom check out background study diorang ni semua. Ainaa pun nak cari juga siapa agaknya my ex-senior or maybe pernah jadi crush dekat sekolah dulu.

RAJA ATIQULLAH

Ingatkan setakat berlakon jadi student tahfiz je, rupa-rupanya memang Atiq ni student Maahad Tahfiz. Patut la ada a few scene dalam drama Nur tu Atiq nampak smooth je dia mengaji dan laungkan azan. BTW, Atiq bukan setakat belajar dekat satu Maahad je ya tapi sampai tiga Maahad yang pernah dia masuk iaitu Maahad Tahfiz Nurul Huda, Kuala Lumpur then dia pindah ke Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Terengganu akhirnya ke Maahad Tahfiz Mustaqim, Selangor. Dah la cute, pandai mengaji pula tu. Hehe!

HAWA RIZWANA

View this post on Instagram

Masak rendang jom 😍 @ilaparsignature no need kerisik or whatsoever, they’re all in there, just add water, ayam or daging, santan and daun kunyit 😘 #ilaparsignature #foodpaste #foodpasterendang #rendangayam

A post shared by Hawa Rizwana Redzuan (@hawarizwana) on

Hawa Rizwana yang tengah menempa nama dalam bidang kewartawanan yang dikatakan antara girl crush beauty with brain. Before this Hawa mula dikenali sebab muka dia ada iras-iras Neelofa dan tak lama lepastu, dia dapat offer untuk jadi news reader dekat berita TV9 dengan TV3. Ooopsss, jangan ingat dia dapat offer tu sebab muka cantik je tau tapi ex student Sekolah Menengah Sains Muar ni bukan setakat bijak tapi juga berbakat dalam setiap benda yang dia buat. Antaranya sebagai pengacara, model dan maybe akan datang berlakon pula? Eh?

SARAH SUHAIRI


Lepas je Sarah join satu program nyanyian, nama dia terus terkenal lagi-lagi bila dia fasih nyanyi rap lagu Ddu- Du Ddu-Du. Dalam Malaysia ni tak ramai artis yang boleh rap lagu K-Pop tau, so Sarah yang merupakan bekas pelajar SMK Rawang ni pun dikira penyanyi yang berbakat la kan? Once lagu tu viral, terus peminat Sarah bertambah ramai lagi-lagi dalam kalangan Blinks.

ANDI BERNADEE


For those yang still tak tahu, Andi mula mencipta nama dengan hanya cover lagu Tak Tun Tuang dekat Youtube je then after that setiap lagu yang dia nyanyi akan terus viral sampai la sekarang ni. Andi mula menyanyi sejak umur 16 tahun dengan cara join macam-macam pertandingan dekat Kota Kinabalu, Sabah. Tapi sayangnya Ainaa tak dapat nak korek sumber dekat mana Andi ni bersekolah before this. Andi ni berahsia sangat! Sabar ya girls, kalau Ainaa dapat tahu, mesti akan share dengan korang.

Antara ramai-ramai artis yang Ainaa mention dekat atas ni, siapa yang merupakan ex-senior korang dekat sekolah? Tapi Ainaa tetap tak puas hati sebab tak dapat jumpa nama sekolah Andi Bernadee ni. Haihh, kejap la Ainaa nak DM #BebiAndi kejap. Eh?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kalau Ada Plak Gigi, Mulut Jadi Busuk! Jaga-Jaga…

Pegang Pun Kira Seksual Harrasment?!