in ,

Eeuuwhhh, Muka Putih, Ketiak Hitam! 🤮

Sumber gambar: https://www.wittyfeed.tv/

Baru angkat ketiak… OMG berkeraknya ketiak dia tuuu!!!!! Geli geleman sis dibuatnya.

Dalam banyak-banyak bahagian badan, ketiak ialah bahagian yang kurang dapat perhatian penjagaan. Padahal ketiak la tempat yang orang akan tengok untuk pastikan sama ada kita ni ialah seorang yang pembersih atau pengotor. Kalau tak jaga, confirm ketiak berkerak dan hitam! Intai sikit apa kesalahan yang selalu korang buat sampai ketiak jadi hitam.

PAKAI BAJU KETAT

Sumber gambar: https://www.alodokter.com/penyebab-ketiak-gatal-dan-cara-mengatasinya

Apa kaitannya? Haa, bila kita pakai baju ketat dan ketiak korang tak dapat bernafas dengan baik! Sesak nafas la ketiak tu sis.. At the same time, kain akan bergesel dan kikis kulit ketiak sampai buat ia jadi gelap. Jangan pakai ketat-ketat okay girls?

TAK SCRUB

Sumber gambar: https://siraplimau.com/tips-hilangkan-ketiak-hitam-dan-berkarat/

Nampak macam simple tapi sebenarnya penting girls. Selama ni asyik scrub kaki, badan dengan muka je tapi terlupa pula ketiak tu! Fungsi scrub ketiak ialah untuk buang sel kulit mati. Tapi bukan la mencerahkan ketiak cuma jadikan ketiak korang jadi lembut.

GUNA SABUN YANG KERINGKAN KETIAK

Sumber gambar: https://diseasespictures.com/armpit-rash/

Sabun ni ada banyak jenis so that’s why ada orang akan rasa gatal dekat bahagian ketiak. Kandungan dalam sabun tu akan buatkan ketiak korang kering dan mula jadi kehitaman. Lepas ni cari sabun yang lembut supaya ketiak korang jadi lebih cerah.

BUANG BULU KETIAK CARA SALAH

Sumber gambar: http://infojakarta.net/aturan-mencukur-bulu-ketiak/

Shave atau wax ni memang benda biasa yang kita akan lakukan setiap minggu untuk make sure tak ada bulu-bulu kehidupan yang melepak dekat ketiak tu. Biasanya kalau korang suka shave, memang akan ada kesan hitam. So, lepas ni cuba tukar cara lain untuk buang bulu-bulu kehidupan tu.

So, korang buat tak kesalahan ni semua? Kalau ya, cepat-cepat la ubah supaya ketiak korang dapat diselamatkan. Takkan muda-muda lagi nak ada ketiak hitam sis? Malu nanti kalau kawan-kawan lain tahu, hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Payah Pening, Try Je Style Hijab Ni…

Jangan Mudah Percaya Game Ramalan Nasib 🎮