in , ,

Eeeii, Muka Je Cantik Tapi Tudung Bau Kepam!

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=XrM3csmBxKA
Sumber gambar: Instagram Lunaria

As a hijabis, apa masalah yang selalu korang hadapi? Masalah rambut busuk? Tudung kepam? Atau malas nak iron tudung lain dan korang decide untuk pakai tudung yang sama berulang kali? Jangan malas sangat sampai sanggup rotate tudung yang sama tanpa basuh ya. Dekat bawah ni Ainaa ada senaraikan tips untuk elakkan tudung korang berbau kepam…

GANTUNG TUDUNG

Sumber gambar: https://www.apartmenttherapy.com/closet-storage-solutions-for-the-back-of-the-door-240148

Siapa suka main campak je dalam almari tanpa lipat atau gantung elok-elok? Sebenarnya korang kena lipat atau gantung supaya tudung dapat ‘bernafas’ dengan selesa dekat dalam almari tu. At the same time nanti senang la kalau nak cari tudung. Kalau campak je tudung dekat dalam almari tanpa dilipat, bau wangi dekat tudung akan hilang dan buatkan bau kepam.

SEMBUR PEWANGI

via GIPHY

Dekat kedai tudung sekarang dah banyak dijual pewangi hijab. Kalau rasa bau pelembut baju dah hilang, spray je dengan pewangi hijab tu. Tak perlu sembur banyak-banyak, cukup beberapa semburan pun dah okay. Lebihkan sikit spray dekat area atas kepala sebab takut-takut ada kawan nak lentok kepala dekat korang, terkejut dia tercium bau busuk pulak.

SERBUK PENAIK

Sumber gambar: https://www.wanista.com/2018/159354/cara-paling-elok-untuk-basuh-tudung-kesayangan-anda/

Tak, kita bukan nak buat kuih atau kek, tapi nak make sure bau kepam tu dapat disingkirkan oleh serbuk penaik tu. Caranya tabur je serbuk penaik dekat tudung then rendam dalam beg plastik semalaman. Tujuannya ialah untuk elakkan udara luar masuk supaya proses penyerapan bau tu dapat berjalan dengan lancar. Fuhh nervous pulak cara ni. Hehe!

MINYAK ESSENTIAL

Sumber gambar: http://hanisazla.blogspot.com/2015/10/kotak-tudung.html

Setakat bau pewangi dalam almari pun tak cukup untuk buat tudung dan pakaian yang lain kekal wangi. Cara lain yang boleh digunakan ialah titikkan beberapa minyak essential dekat dalam kotak kosong dan simpan tudung dekat dalam kotak tu. Lama-lama nanti tudung akan serap bau wangi daripada minyak essential tu. So tak ada la masalah tudung bau kepam.

Bukan susah pun kan girls nak jaga tudung ni. Muka dah cun melecun, sekali tudung bau busuk pula. Tak jadi crush nak usha korang tau. Jaga kebersihan diri okay? Nanti baru la jadi double cantik.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Mesti Elak Untuk Bersahur!

‘Teka Teki’ Mata & Minda Paling Best!