in ,

Eee! Kenapa ‘Bunga’ Dia Berbau?!

Sumber Gambar: www.foxnews.com

Selalunya gadis akan fokus dekat muka je.. tapi korang tahu tak sebenarnya ada bahagian lain juga yang korang patut ambil tahu dan pentingkan kebersihannya juga iaitu ‘bunga’ korang! Yup, bahagian alat sulit! Bahagian sulit kita sangat senang dapat infection.. Takutnya! Kalau korang alami masalah alat sulit berbau, ini tips untuk korang!

PAD YANG SELESA

Sumber Gambar: http://shakiddo.com

Kalau #Lunagirls tengah datang bulan ataupun melakukan aktiviti yang lasak dan memerlukan korang memakai pantyliner, apa yang LUNARIA boleh cadangkan ialah pakai memilih pad yang mempunyai daya serapan yang tinggi dan memiliki bauan seperti bau green tea!

SABUN WANGI

Sumber Gambar: http://www.wajibbaca.com

Ada yang ingat kalau kita pakai sabun wangi pada alat sulit akan buat ‘bunga’ wangi juga.. Haip! Salah konsep tu.. Sebenarnya sabun wangi akan membunuh bakteria baik di vagina dan meninggalkan bakteria buruk yang boleh membawa bau kurang menyenangkan! Cukuplah dengan basuh menggunakan air biasa sahaja okay girls..

MAKAN YOGURT

Sumber Gambar: https://www.thespruceeats.com

Yogurt adalah bakteria baik yang membantu usus untuk melawan bakteria jahat, jadi makanlah yogurt lebih kerap! Selain menyingkirkan jangkitan yis pada vagina, korang juga mendapat badan yang ideal dan menarik! Plus point untuk kita girls..

KERAP TUKAR PAD

Sumber Gasmbar: http://sweetcandy2615.blogspot.com

Ketika korang period jangan sesekali memakai pad yang sama dalam tempoh yang lama tau! Kalau boleh tukar setiap 4 jam tukar.. Lagi-lagi pada hari pertama, masa tu darah mesti keluar banyak! Darah period yang kotor akan mempercepatkan lagi proses pembiakkan kuman!

KERINGKAN

Sumber Gambar: http//pusatborongcadartualahotel.blogspot.com

Setiap kali selepas membuang air kecil atau besar, korang perlu gunakan tuala yang bersih dan kering untuk lap bagi kering! Jangan sesekali biarkan alat sulit korang lembap sebab ia boleh menyebabkan pembiakan bakteria terkumpul.. dan boleh gatal tau!

Ingat #Lunagirls, kita perlu jaga alat sulit sama macam jaga muka tau! Kalau muka tak di jaga boleh breakout je.. Tapi kalau alat sulit tak jaga, the worst case boleh menyebabkan kanser servik.. Oh no! Sebagai gadis, kita kena jaga diri extra sikit okay!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tidur Petang Boleh Tajamkan Daya Ingatan!

Girls Berdengkur Kalah Monster!