in ,

Earphone Fake Vs Ori, Macam Mana Nak Detect?

Sumber gambar: gearpatrol.com

via GIPHY

Selalunya kita dengar tentang kepentingan pakai cable phone original je.. Kali ni Ainaa nak cerita tentang fake earphone! Some people lebih prefer untuk beli earphone yang tak original sebab boleh simpan stock kalau ada yang rosak. Tapi tak puas nak dengar lagu tau.. lebih lagi bila nak layan  Playlists Hot X.. macam mana nak menjiwai! Haha! Sebenarnya antara keburukkan pakai earphone tak original ialah ia akan buat headphone jack korang longgar dan rosak! Tapi harini Ainaa nak tunjuk dekat korang cara untuk kenali earphone original VS ciplak, iaitu..

PACKAGING

Sumber gambar: Aliexpress.com

Maybe ada yang tak perasan benda ni sebab bagi korang packaging tu benda kecil dan tak penting sangat. Tapi sebenarnya korang boleh bezakan packaging original dengan ciplak sebab yang original lebih simple berbanding ciplak yang try hard untuk nampak original! Kalau tak nak kena tipu, better check dulu dekat website untuk tengok packaging yang original.

KUALITI BUNYI

via GIPHY

Kalau korang memang penggemar muzik, earphone ni umpama one of your best friend bila keluar dari rumah! Perbezaan paling ketara antara earphone original dengan ciplak ialah kualiti bunyi yang sangat teruk.. bila sekali dengar pun kita dah boleh tahu!

MALE JACK

Sumber gambar: Tinta Malam

Untuk earphone original, bahagian male jack tu lebih tahan, tak mudah lentur dan reka bentuk nampak lebih kemas! Kalau yang tak original, bentuk memang nampak sama cuma kalau korang perhatikan betul-betul, warna earphone tu agak kabur dan cepat luntur. Warna wayar dia kadang-kadang kelabu asap!

VOLUME BUTTON

Sumber gambar: Flipkart

Selain packaging, reka bentuk pada volume button pun penting untuk korang perhatikan bagi bezakan antara original dengan ciplak. Kalau tak original, korang mungkin terpaksa tekan button lebih kuat sebab controller tu tak berapa nak berfungsi. Dan kadang-kadang, button tu langsung tak berfungsi dan korang dah rugi duit! Sabar okay girls!

MATERIAL CABLE

Sumber gambar: Banggood

Selain tu, korang boleh tengok teksture earphone tu sendiri sama ada rasa plastik atau getah. Untuk original, cable lebih lembut dan kesat bila pegang untuk mudahkan korang gulung cable earphone.. Kalau ciplak, ia lebih licin dan berkilat and of course dekat situ pun korang dah dapat kenal pastu which one yang betul!

Kalau boleh #Lunagirls jaga earphone original tu baik-baik okay? Sebab kalau nak beli baru bukan murah tau. Hehe! Ohh, ada sesetengah phone sekarang jual earphone berasingan kalau kita beli phone baru, jadi make sure beli dekat kedai legit tau!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sisi Gelap Dunia K-Pop! Jeng Jeng Jeng….

Study Ke Main Phone More Better?