in ,

Dynamite BTS Inspired Outfit Yang Korang Patut Cuba!

Sumber gambar: twitter.com/bts_bighit

Baru-baru ini, BTS baru sahaja melancarkan satu single terbaru mereka Dynamite, apa yang menarik ialah dalam masa 24 jam sahaja mereka telah meraih 101.1 juta tontonan. Comeback itu bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai dan peminat mereka sebab lagu itu dikeluarkan dalam bahasa Inggeris, malah pakaian dan konsep yang dibawakan oleh BTS dalam Dynamite juga mendapat perhatian dan menjadi bualan orang ramai sebab mereka membawa beberapa penampilan dari zaman generasi sebelum ini. Jom kita tengok beberapa Dynamite BTS inspired outfit yang korang patut cuba! Hehe! 

IT’S THE TIME TO DISCO!

Sumber gambar: facebook bangtan.official

Yes! It’s the time to disco! Macam lagu hindustan pula kan! Tapi korang boleh cuba menggayakan bootcut pants seperti Taehyung, Jimin, dan Namjoon. Jika korang tengok pada baju pula bebas untuk korang gayakan kemeja korang dengan outerwear seperti Jimin, Taehyung dan Jungkook juga. Memang nampak bergaya dan sangat simple! Boleh juga jika korang nak gayakan sekali bersama boot atau kasut kulit. 

90’S BAD BOY…

Sumber gambar: facebook bangtan.official

Walaupun warna yang digayakan adalah warna pastel yang nampak lebih soft dan comel. Tapi gaya 90’s bad boy ini pun memang sangat senang dan tidak rumit untuk korang bergaya keluar pada bila-bila masa. Korang boleh cuba gayakan baggy pants and sweatshirt korang seperti Taehyung, atau nak lebih senang, kenakan polo shirt korang dengan topi. Jika korang nak nampak lebih ranggi and cute! Korang boleh pakai kemeja di luar t-shirt korang seperti Jimin dan Yoongi!

LOVE TO BE YOURSELF

Sumber gambar: facebook bangtan.official

Last but not least! Dalam lagu Dynamite ini juga BTS diberi peluang untuk show their true innerself! Jadi korang bolehlah cuba beberapa gaya love to be yourself sama seperti anggota BTS. Untuk pengetahuan korang untuk konsep outfit yang satu ini, memang menjadi pilihan BTS sendiri tau! Dan cuba korang tengok! Namjoon nampak selesa dengan baju yang simple, J-Hope dengan gaya funky, Jungkook yang cute dan menyerlah sebagai seorang maknae dan Jin yang lebih sederhana dengan gaya kasualnya! Menarik bukan! 

Ha! Jadi korang yang suka menggayakan pelbagai outfit itu, mungkin selepas ini korang bolehlah  cuba Dynamite BTS inspired outfit. Selain itu, korang boleh juga tengok dan jadikan gaya rambut mereka sebagai rujukan. Barulah nampak fresh dengan outfit korang itu! Hehe! Iyalah, setiap fesyen dan trend pakaian pada zaman sekarang, macam-macam korang boleh nampak. Asalkan korang confident dan ada kreativiti korang sendiri, nanti mesti pakaian korang gayakan itu nampak lebih menarik, setuju tak? Huhu! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rasa Malas Menguasai Diri? Korang Cuba Trick Ini

Girls Bergaduh Di Sekolah? Biasanya Ini Je Puncanya…